Khamis, 20 November 2008

yang terakhir..

yang terakhir itu noktah.

yang noktah itu akan hilang.

tetapi yang hilang mahu disimpan untuk diingati..

mungkin kamu mahu tetapi mungkin tidak dia..

kamu peduli itu semua tapi dia tidak peduli itu semua.

pujuk rasa kamu itu, berikan dia ruang untuk terus rasa tenang.

yang kini mungkin pahit mungkin akan datang itu manis..

Isnin, 3 November 2008

Tiap Kali

Kadang hidup terasa bosan,
tiap kali getar resah mengundang..

Tiap kali mahu saja aku bicarakan resah hati
yang mengusung benak..

Tiap kali juga aku rasakan, tiada yang peduli
tentang rasa yang kadangkala memberatkan jiwaku yang tersedia beban..

Tiap kali itulah mahuku luahkan rasa itu pada kau,
yang kadang tak mengerti maksud sebenar waktu bibirku mula bergetar.
tiap kali mulanya kata, tak kau endahkan..

Demikianlah tiap kalinya datang resah,
yang makin mengusut, dalam ruang-ruang kosong hidupku..

Jumaat, 31 Oktober 2008

indah-indah saja.

Waktu hati ini jatuh ,
bila mana melihat sinar bintang yang terang dari langit..

setiap kali malam tiba,
hati tak jemu menatapnya,

walau mentari hadir terangkan alam,
bayangan dari sinar bintang sentiasa menjadi kamus jiwa..

kerana tenang selalu hadir dalam hati,
bila ia hadir ditiap ruang masa.


p/s: manusia inginkan yang indah-indahkan?

Selasa, 29 Julai 2008

Bila Bintang Memeluk Bulan

Bintang..
Angin yang empuk telah bulan rebahkan diatasnya.
Masih rasa waktu ini bulan rasa sendiri.
bila bulan beralih mahu melihat bintang disisi,
samar cahayanya jauh disana...

Semalam bintang bersinar mengelilingi
sambil memeluk bulan dengan cahayanya yang menari-nari.
Selamat malam bintang
Bulan nak malapkan cahaya ,
Biar mentari esok beri kehangatan untuk kita..

Rabu, 16 Julai 2008

Bau- Warkah

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

Khamis, 10 Julai 2008

Kerana Kepinginan itu..

Aku sudah letih, menginginkan sesuatu dengan harapan akan terlihat oleh ku.
Kerana kepinginan itu aku sanggup korbankan jiwaku sendiri.
Namun keyakinan itu sudah luntur.
Meskipun kepinginan itu masih mahu diperlihatkan oleh ku.

Tak ada daya lagi aku mahu mengerahkan keringat, jiwa dan rasaku.
Aku terlalu lemah kerana apa yang diperlihatkan oleh ku masih sama
malah kurang dari yang ada.

Aku mengalah harapan tinggal angan-angan.
Tunggu sajalah keajaiban yang bakal berikan aku kecapan hari-hari yang paling indah..

Rabu, 9 Julai 2008

Mungkin...

Di tanganku masih memacak bulan dan bintang
Mendongak sambil merenung ke langit
Perlukah aku campakkan ia agar malamku indah?
Jika benar, adakah ia takkan aku dapatkan kembali?
Mungkin ajaibnya, jika dia masih mengingati
ia akan kembali kepadaku..

Jumaat, 27 Jun 2008

Nafsu

Bila difikirkan aku tidak tahu aku tergolong dalam nafsu kategori apa... cuba menghayati pengisian dari Kak su .. Hasil dari ceramah yang kak su terima dari Datuk Dr Fatma Az-Zahra. terima kasih kak Su atas ilmu yang dapat dikongsi bersama..

1. Nafsu amarah

Nafsu ini adalah nafsu yang paling buruk dan ianya melahirkan perlakuan yang penuh dengan kejahatan yang telah sebati dalam diri. Dosa yang melekat dihati adalah terlalu tebal akibat dari perlakuan seharian yang mengabaikan hukum halal haram, malah ada yang berbangga melakukannya. Nafsu syahwat yang tak terkawal juga termasuk dalam kategori ini. Kebiasaan individu yang terperangkap dalam nafsu amarah akan punya sikap seperti suka mencela orang lain dan melihat dirinya lebih baik, tidak senang melihat kelebihan orang lain, tidak mempedulikan perasaan orang, dengan sengaja menyakitkan orang lain melalui perbuatan dan kata-kata, merasakan bahawa segala kelebihan yang diperolehi adalah hasil dari usahanya sendiri tanpa bergantung pada Allah tapi bila berlaku musibah, suka menyalahkan orang lain malah adakalanya menyoal Allah pula. Ilmu yang dipentingkan hanyalah yang berkaitan dengan keduniaan sahaja dan tidak berminat dengan ilmu akhirat. Jika ada ibadat yang dilakukan, ia tidak mampu mencegahnya dari melakukan kemungkaran yang membinasakan dirinya dan juga orang lain. Hanya satu saja cara untuk menyucikan hati dari nafsu amarah iaitu dengan cara menerima tunjuk ajar yang berterusan dari guru agama yang mana selalunya guru-guru agama ini akan memberikan pelbagai petua penyucian hati melalui bacaan Quran, zikir dan pelbagai ibadat lain.

2. Nafsu lawwamah

Ini merupakan nafsu pertengahan yang mana individu yang memilikinya akan selalu menyalahkan diri sendiri dan menyesal bila ada kesilapan yang dilakukan. Dan seringkali mengutuk diri sendiri bila melakukan dosa. Bila ada kesalahan yang dilakukan hati akan cepat merasai penyesalan. Ianya ibarat hidayah yang Allah berikan untuk memimpin kembali ke jalan yang benar dan lurus. Kesedaran dan keinsafan yang terlintas difikiran jika diabaikan, lama-kelamaan ia akan hilang. Hati akan menjadi semakin keras dan kelam oleh titik dosa yang bertambah. Pengabaiannya akan membuatkan nafsu amarah lebih berkuasa terhadap diri. Itu yang menyebabkan kesilapan adakalanya masih berlaku berpunca dari kelemahan dalam pertahanan iman. Jika mahu memperbaiki nafsu yang berada dalam peringkat ini, kita perlu istiqamah dalam beribadat, berzikir dan sentiasa beristighfar untuk memastikan hati sentiasa disucikan.

3. Nafsu mutmainnah

Ini adalah nafsu yang paling baik dan Allah menjamin syurga kepada mereka yang mempunyai nafsu ini. Ia dapat memberikan ketenangan hidup yang hakiki kepada sesiapa yang memilikinya. Tidak ada perasaan gelisah yang lahir biarpun apa juga dugaan yang Allah turunkan. Mempunyai sifat sabar dan redha yang tinggi, dan segala kebaikan yang ada dalam dirinya lahir dari hatinya yang suci dan tidak berpura-pura.Kesimpulannya, setelah mengenali jenis-jenis nafsu, rasanya kita dah boleh mengagak nafsu mana yang pernah dan sedang kita miliki. Nafsu mana yang mahu kita kita biarkan berada dalam diri dan bagaimana cara untuk memiliki nafsu yang terdidik, yang mampu memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat.

Olahan penulisan dari Suara

Yang Tersirat

"... Adakalanya manusia yang tak nampak kejelasan dari fizikal atau wajahnya, menyanjung tinggi dan amat menghargai apa yang disekelilingnya berikan. Bila hati dan jiwa manusia tidak terlihat dari pandangan kasar oleh manusia lain, ianya akan menjadi keraguan dan perasaan adakalanya tersembunyi.."

Isnin, 23 Jun 2008

Lailas Lounge dan Shooting video clip KAMI The Movie..

Rasa letih yang amat sangat dua tiga hari ni.. aku dah tak larat sebenarnya ni.. Asyik nak tidur jer.. dari hari jumaat lepas, aku simpan tenaga untuk sabtu lepas.. pada awalnya aku tak bercadang nak ikot lailas pergi shooting video clip mereka .. tapi sebab rasa nak tahu aku usahakan dengan bemacam-macama alasan.. hampir aku mengalah dan sebenarnya aku hanya mahu tugas aku selelsai .. dan aku memang keletihan selepas balik kerja ..





Jam sudah 10.30 malam aku mesej Toya tanyakan kat mana dia sekarang .. sebab setahu aku bas dia dan bai akan sampai dalam waktu itu ... aku dan hadi dah mula mahu bergerak untuk ke hotel tampat mereka berehat.. tapi memang aku tak tahu menahu langsung mana tujuan aku sebab alamat hotel dan nama hotel tu pun aku tak tahu di mana. Diorang tak dapat information awal.. pada awal perbincangan aku toya dan anas.. nak sangat bawak hammond untuk bawa ke tempat shooting.. aku dah sediakan van untuk ke lokasi .. tapi bila toya balas msg aku dia kata drg akan check in di lisa D' inn Petaling jaya .. dan harus bersiap sedia jam 7.45 pagi untuk terus ke studio red film .. haih tak kesampaian la hammond tuh nak masuk video clip .. dah tak rare dah..





dalam pukul 11.30 malam aku sudah sampai ke lisa D' inn agak terlewat dan toya ingat aku sampai dulu di hotel tu.. sedang kan aku tak tahu mana hotel tuh berada.. punya la jauh perjalanan aku masuk jalan nak ke UM siap patah-patah balik sebab sesat .. tak pernah aku jalan tempat ni .. even aku dah agak lama ada dikawasan PJ. Sampai saja dihotel toya menyambot aku dan hadi dibawah... eh macam artis plak aku.. hak hak bukan ke sepatutnya aku yang sampai dulu dan terus bukakan pintu hotel untuk mereka.. hek hek bergurau jerk... jangan amek hati yer toya... aku dan hadi berehat sambil berbual dengan bai dan muhi .. muka keletihan masing-masing termasuk aku.. yerla aku kan baru balik kerja... then planning seterusnya aku dan yang lain menuju ke sek 2 haih aku tatau dulu sek 2 tu sek 14 aku tau situ sek 14 .. sambil menunggu kecik datang berbuallah aku, bai , hadi dan muhi .,, macam-mcam plannning bai fikirkan, bai brainstorming untuk lailas masa hadapan.. katanya nak bukak lailas cafe every friday nite nak buat live show dan hanya lailas lounge akan perform pada hari itu.. dengan semua pekerja dan management hanya lailas family yang handle.. bagus bai angan-angan itu harap akan menjadi kenyataan.. hek hek =)





Hampir jam 12 .30 malam aku dan hadi mahu beransur balik kerumah untuk daptkan tenaga semula .. kalau lepak hotel jawapnya tak tidor la kitorang.. sambil menunggu anas sampai dalam pukul 4.30 pagi aku dan hadi nak tidur dulu dengan selesanya dirumah. sambil berkira-kira, bajet masa perjalanan anas, yang kitorang dapat tahu bas dia akan bertolak dari JB jam 12.30 malam haaa boley la tuh .... 4.30 pagi ambil anas di pudu ... sampai saja dirumah dah hampir pukul 2 aku msg anas suruh call if dah sampai Bangi.. malangnya anas turut tertidur dan berjaga dalam lingkungan 4 pagi dan pada waktu itu sudah sampai diserdang... kalau dah sampai serdang jawapnya memang sampai lambat la aku kat pudu ... kesian anas kene tunggu lama2.. setibanya aku sampai di pudu anas dengan bass gitar nya dijinjit dan terus masuk ke dalam kereta.. terasa segar sedikit walaupun tidur tak berapa lama... kitorang pun pergi semula ke mamak sek 14 untuk sapa sambil menonton croatia lawan turkey... sekian lama aku tak order telur setengah masak dengan roti bakar pagi tuh aku jamah .. anas belanja aku hek hek thanx anas... dan perlawanan bola berakhir dengan kemenangan turkey yang pada minit2 terakhir dah menjaringkan gol yang tak disangka-sangka dan membawa kepada sepakan panalti untuk menentukan kemenangan...





Habis jerk sapa aku anas ngan hadi pergi semula ke hotel... pergh aku ingat jauh sangat hotel tu dari sek 14 rupanya jauh sekangkang jerk.. masa aku carik hotel tu punya la lama.. siap sesat.. jalan nya agak jauh dari UM .. kalau aku tau dah lama aku ikot lalu amarda.. sampai saja dihotel aku dah agak drg masih belom tidur, kecik dah lena dibuai mimpi katanya masa di mamak dia demam.. siann siap berdengkur... sebabkan tuh sume tak lena tidur... bai dengan bebelan waktu pagi dan jam hampir ke pukul 6 .. toya dengan sakit perut salah makan apa aku pun tak tau tampal koyok kat perut ... dia cakap lepas tampal koyok terus membuang kat toilet.. dia kata macam semburan air paip .. eeee hek hek...





icham jerk tak sampai-sampai mana la mamat ni pergi ,dengar kata bas kol 10.30 malam dah gerak tapi masih tak sampai aku pun soh toya kol sebab dia masih tatau esok 7.45 masing-masing dah kene bersiap... rupanya dia dah nak on the way ke hotel ... sampai-sampai jerk icham nak masuk toilet... sesiapa yang mahu melepaskan hajat nescaya akan bermandi sekali lah dia dalam toilet tuh.. hek hek sebab toilet mangkuk tuh tade pembilas hakhak kene la mandi dengan air paip kat tempat mandi... then tepat 6.30 pagi mereka semua tidur dengan aman kecuali aku dan hadi.. tenganga2 tengok angin pagi dari bilik hotel.. jam luar tiang di bulatan menunjukkan 6.45 pagi.. hadi dah masuk ke toilet untuk bersiap sebelum mereka dan mereka semua bangun dari tidur ... sama jugak aku... hek hek





jam sudah pukul 7.15 pagi matahari dah mula naik nampak seri wajah nya.. aku pun bukak langsir besar-besar suruh drg bangun dan mandi ... masing-masing mata rabak.. akibat tidur tak sampai 1 jam memangla camtuh rupanya ...selepas selesai aku dengan senyum melihat drg mata rabak dengan harapan selepas tu aku balik untuk lena dengan aman sebelum aku terpaksa attend meeting dalam pukul 2 petang ... sambil menunggu nazreen dan telah diberitahu mereka lewat 20 minit untuk sampai ke hotel macam-macam karenah jenis bersiap aku tengok ... paling lambat siap bai.. nak kene tengok badan dulu la .. apa la.. amek wax icham dan jadik huru hara dah rambot dia... bai cakap dia rasa rambot dia plastik .. hak hak ...





jam sudah hampir 8.20 setibanya nazreen di hotel aku melambai tangan untuk pulang semula ke rumah... hati berat nak tinggalkan dorang walau tilam dan batal serta selimut dah memanggil aku suruh pulang dan tidur dengan aman.. hati berbelah bagi kalau diberi peluang memang aku sanggup tak tidur sebab nak ikot drg jer... bila harapan tu dah ada tiba-tiba anas suruh aku ikot ... anas cakap jomla lely dah nak meeting nanti baru la balik .. aku mulanya mahu menolak walaupun hati memang nak sangat pergi.. tapi anas suruh jugak ikot, hadi pun dengan tatau cerita terus nak ke kereta aku .. nak tak nak dengan rasa happy jugak aku terus ikot drg ke studio untuk memulakan shooting...





sampai disana crew red film sume dah bersedia.. sume diberi breakfast kebetulan masing-masing memang tengah lapar.. kecuali aku ... aku tak lapar sebab malam semalam dah banyak kali aku makan.. tunggu perut susut balik jerk neh... mereka sediakan indo mee dengan nasi lemak... sume dah settle makan kecuali bai.... bai kuat makan hek hek..pengalaman pertama mereka di makeup kan .. hak hak tuh la nak tak nak kene jugak korang merasa cemana make up tuh ... hadi dah 2 kali dah hak hak ... boley plak seluar yang hadi pakai tak sesuai .. terpaksa hadi tukar seluar lain... aku dah pesan bawak jeans, dia degil nasib baik toya bawak jeans lebih.. aku pun terpaksa menghantar semula hadi ke hotel untuk tukar seluar yang lain.. nasib baik seluar toya muat dengan hadi cuma kakinya jerk laboh...





sesi penggambaran pun start kami di kenalkan oleh nazreen dengan director iaitu nazim .. humm mix .. cun jugak... hak hak ... talent untuk video clip neh namanya shaza.. sweet tapi tak sangka sebenarnya dia baru form 5 ... berkali-kali scene yang sama di ulang ... hak hak tu la merasa shooting cemana letihnya ... tuh baru part kat belakang studio red film belom ke rumah director di damansara height dengan studio di jalan kemuning berhampir jalan imbi.. tuh pun dah mengadu letih.. mana tak nya sume tak cukup tidur ... awal-awal dengan tepekan foundation muka masing-masing nampak putih, mata da nampak jelas merahnya ... dekat luar studio nak kene tunggu matahari.. lighting tak cukup takut gelap video clip tuh nanti .... part yang aku dah dapat imagine betapa best nye video clip mawar khayalan nanti.. band lailas akan masuk kedalam fanzine.. dah jadik kartun ... terperangkap dalam fanzine dan macam-macam yang mereka lakukan didalam... tak sabarnya nak tengok part tuh.. hek hek kemudian nazreen datang pada aku mengatakan transport untuk ke damansara height tak cukup ..so aku terpaksa bawa mereka separuh dari band mate naik kereta aku ... dan secara tak langsung aku dah jadi crew tambahan untuk shooting hari tuh... dan seharusnya aku kene attend meeting.. terus aku mesej bos tak dapat hadir sebab ada urusan yang perlu diselesaikan... sedangkan kunci dan peralatan opis sudah aku sediakan pada pembuka opis awal-awal sebab aku tahu mesti jadik cenggini punya hak hak aku.. baselah .. selalu macam tuh hek hek...





Dan kami semua bergerak ke Damansara height kekediaman director... waaaaa!~ rumah idaman sangat besar boley duduk hampir 30 orang satu rumah ... masing-masing sampai, lepak ... hadi sampai, dah nampak piano, apa lagi favorite dia, masih agresif dan terlalu banyak cakap, tak pernah tengok hadi macam neh punya ligat.. ... dia mainkan juga dua tiga lagu menjadi halwa telinga kitorang yang memang tengah lepak di bahagian atas... toya dah boley landing siap tertidur.. sementara barang di setup oleh crew, kitorang siap berbual-bual dengan talent iaitu shaza.. mulanya aku tahu dia agak senyap orangnya bila dah berbual lepak2 rupanya dia ni periang ... tak sombong sangat.. macam certain orang memang sombong tak nak lepak macam dia pk dia la superstar.. tapi shaza tak macam tuh.. dia manja juga biasala umur macam dia macam adik-adik yang lain jugak...hek hek sampai ke pukul 1.30 hampir ke pukul 2 makanan tenghari sudah disediakan .. dengan memang keadaan masing2 tengah lapar kitorang pun makan la beramai-ramai diperkarangan rumah .. siap ada swimming pool dengan pokok hutan waaa sangat menarik pemandangan masa tuh... lepas makan pergi la layan hisap rokok kat luar rumah .. segan nak hisap rokok kat situ ... rumah orang kan ... kalau boring kolam ikan koi ada kat situ jugak ... boley jengok2 ikan idaman aku tu.. seronok sangat.. bila start shooting aku takboley masuk da, sebab bilik tuh agak pack ramai plak dalam tuh dengan setting drum sume disumbat dalam bilik yang sama... lah2 aku lepak jerk la dengan anim kat ruang tv berhampiran dengan bilik, asalkan aku nampak bayang dari cermin tingkap.. sudeyh hekhek =)



Dalam pukul 5 petang lailas band dan crew redfilm bergerak konvoi ke studio di jalan kemuning.. waktu tu hujan dah turun dengan lebat.. masa nak bergerak ke studio tuh bila masing-masing tak kenal kenderaan masing-masing mulalah masing-masing nak potong sesama sendiri takut termissed jalan. yang kelakarnya, director punya kereta tatau anim punya kereta dan anim tatau director punya kereta .. masing-masing memotong sama sendiri .. disebab kan aku tau drg tatau, aku sebut pada hadi .. "kejap lagi mesti anim potong nazim hek hek peh tuh nazim tatau itu hanim terus potong anim.." jangkaan aku masa tuh memang tepat .. gelak besar aku dengan hadi... bai kat belakang dah lena dibuai mimpi memegang gitar sambil tersenyum .. hak hak lawak jerk bai aku agak2 jerk tau.. jangan marah =)



sampainya diperkarangan studio aku dah blur.. mata aku terasa kesat .. ,mengantuk yang amat .. hadi dan aku terpaksa kejutkan bai. Toya datang kekereta aku sambil mengambil gitar juga mengejutkan bai yang sedang tidur..badan aku terlalu keletihan begitu juga dengan yang lain .. masing-masing cari kopi untuk menyegarkan kembali badan yang letih tapi tak jumpa.. tiba-tiba hadi" bai 3 jag RM68 kopi o panas boley dapat kat situ" ceh hadi neh mati2 aku ingat kopi betol rupanya beer haih.. aku sumbat jugak mulut dia dengan beg yang penuh dengan HP neh jugak kang.. hek hek dengan rasa tak puas hati aku dan hadi mencari mana la tau ada mamak berdekatan dengan studio tuh... namun hampa juga ... restoran cina dengan bar jerk ada kat situ.. kami pun mulala melepak kat dalam bilik khas untuk berehat sementara menunggu setting untuk shooting ready.. piza mak andam diorang bawakan teh dan milo segera yang dalam paket untuk diminum... nasib baik mak andam lailas prihatin dengan keletihan kami yang sangat memerlukan air panas sebagai mengembalikan tenaga yang hampir hilang.. Piza dengan suara sedikit jerit " Bai tarik jacket tadi milo panas tertumpah dekat cable" masing-msing muka dah cuak toya bai dan icham pergi ke studio .. hadi dengan selamba cakap" lagi ramai pergi lagi rumit masalah yang tak berapa rumit tuh" haih orang tua neh.. macam-macam.



Jam dah pukul 6 petang set dah ready dan lailas pun memulakan pernggambaran .. macam-mcam drg kena buat.. kene terbang la .. kene berenang la... kene buat2 jatoh la ... kene buat muka kecut la... lah-lah muka masing macam dah tak ley handle..muka sume muka pecah.. tapi toya stady lagi ... kekuatan masih ada ... paling lemau hadi ... dia cakap dia dah tak ley control... rasa tak boley dah nak buat pergerakan apa-apa. KAMI crew dan lailas family makin rapat dan boley bergurau senda macam dah lama kenal ... seronok pengalaman yang tak ternilai dari mereka... settle jer shooting masing-masing happy sangat .. terukir senyum di wajah semua yang terlibat.. kemudian kami di ajak pula makan malam ...malam tu jugak anas kene balik dia kata esok dia keje ... kesian anas penat tuh ... kitorang semua balik semula ke hotel ,... sebelum balik sempat lagi aku bersalam dan pelok piza dan shaza.. semoga berjumpa lagi yer.. diorang sangat friendly .. sangat seronok... sampai saja di hotel aku dan hadi mandi dan membersihkan diri sebelum pulang kerumah .. aku betul2 dah tak larat ... toya pun dah banyak kali ajak kitorang lepak hotel.. tapi aku letih sangat... aku drive balik umah .. ingat nak datang balik hotel .. lah-lah aku flat... ZzZzzZzZzZzZzzZzZzZzZZzZz





Thanx Lailas Lounge Family and crew KAMI the movie .. =) tak sabar nak tunggu video clip tuh ...

Khamis, 19 Jun 2008

Bilakan..

bilakan kata-katamu akan singgah di telingaku?
bilakan nadamu memberi aku satu ketulusan yang lahir dari sudut benakmu?
bilakan bait-bait itu selalunya hanya untuk aku?
bilakan kataku akan nampak untuk kekuatan jiwamu?

apakah aku hanya perlu berdiri tegak, memandang dan merenung wajah kamu dengan tiada jawapan yang hadir dan kamu mengharapkan aku pergi dengan lambai tangan dan senyuman yang terukir?

selalu aku menanti, tetapi tiada komentar dari mulut kamu sendiri samada harus ku beredar atau aku perlu menjadi tugu untuk perhiasan kamu..

bosan !!~

tak tau apa aku nak buat sekang neh... bosan tahap gila sampai aku pun tatau nak buat apa.. ada keje haih ... spend tok esok... sebab kan aku rajin sangat sampai keje pun aku dah habis buat...

haih tunggu hari esok nak buat keje yang lain .. dan akan ada aktiviti yang best aku tengah tunggu.. dengan sengkek tahap gila aku neh.. memang tak ley nak kemana2 even nak jumpa kawan pun susah... tepaksa mintak sedekah RM1 semata-mata nak beli mee segera..



makanan harian aku dah jadi mee segera..



tengahari : mee ruski



malam: meggie



air kosong ...



kos sume RM 2.20



HAIH!!~



miskin nya aku...



nak kata taknak keje aku keje...

keje aku lebih masa tapi aku rasa aku keje untuk bayar sume benda yang aku kene bayar tiap2 bulan...



mengeluh pun tak guna ..

rasa susah tak pe jangan susahkan orang kan??



=) senyum jerkla ..

Ahad, 15 Jun 2008

RM 3.80 SELITER!!~

Bersiap sedia la untuk kenaikan minyak RM 3.80 selitar..


naik jerk minyak takat tuh.. aku benti keje ... x(

Jumaat, 13 Jun 2008

Kamu Tahu?

Matamu selalu buat jantungku gugur..

Setiap kerdip mata yang alisnya panjang lurus
selalu buatku menongkat dagu .. pegun!!~

Bila suara merdu menerjah..

Degup jantung mula deras...

Senyuman mula terukir secara refleks..

mulalah aku rasakan kaki ku terpaut ..lalu jatuh..

Kamu tahu?

Setiap kali terjadi itu?

Saat langkahmu di atur menuju kearahku..

Setiap hari...

Tafsir mimpi semalam..

berteluku sambil mentafsir mimpi semalam ..
merenung laluan depan..
Apakah masih ada kemilau indah menanti?

Dibalik kekontangan hati yang kian sepi ..
terpalit rasa kepingin ..
mencapai bintang-bintang yang dasarnya terlalu misteri..
kepingin ..
mahu mengecat pelangi yang sama garisnya seperti yang lalu..

Pertama kalinya tak mungkin sama dengan kedua kalinya..
cederanya makin tak sembuh..
satu dan duanya makin parah..

Aku terlalu cemerkap dalam jalanan yang telah aku tempuh ..
takdirNya harus diredhai ..
kerana baiknya mungkin akan menanti..

Rabu, 11 Jun 2008

Malam..

Malam ..
kau kelihatan suram dini hari...
tiada bintang untuk aku capai ..
tiada bulan untuk aku berbisik indah..
tiada cahaya untuk menari-nari..
malam..
kenapa mesti kau suram..
apa lagi untuk aku capai ..
dengan siapa lagi untuk aku berbisik indah..
mana ruang untuk aku menari-nari ...
malam..
malam ini kurasakan suram..
seperti suram kau dini hari..
tak tercapai bintang-bintang malam ..
tak belagu dengan bisikan bulan..
tak menari aku dengan ruang cahaya yang mengirimkan aku rasa gembira..

:kuatkan hatimu sekuat batu diombak besar,,terhempas laut tetap bertahan...:

Khamis, 5 Jun 2008

Makin Miskin..

- Manusia makin miskin yang kaya akan terus kaya

- Manusia makin bermasalah

- Manusia makin tidak produktif


Bila semua kenaikan terus menerus naik. bermacam-macam perkara akan timbul. Kalau gaji naik juga tak mengapa. ini tidak static! takat tu la jugak. bila semua naik. bajet bulanan akan bertambah. macam mana nak tampong kos belanja kalau gaji hanya 1200 saja? makin miskin. dah sama kategori dengan orang yang tak berkemampuan. yang senang makin banyak la dapat duit dari hasil usaha kenaikan yang tah hape yang drg alaskan untuk beralasan. logik ker beri RM0.20 sen dengan bayaran untuk RM1.00. huh!!

Bila semua tuh timbul masalah makin menjadi-jadi. berape banyak ayah dan ibu akan selalu bersama anak-anak? macam mana nak bayar kalau tak berusaha atau berkerja siang dan malam? seorang manusia perlu membuat 2 kerja untuk 1 hari?

Manusia makin tak produktif sebab tak dapat fokus pada kerja. hidup tak gembira...


BANGSAT!!!!!~

Selasa, 20 Mei 2008

Laila's Lounge ada lagu baru yeay!!~

Ahad lepas aku join Tour Plague of Hapiness.. serius letih sangat dengan skakin yang tak berenti .. aku rasa badan aku dah sakit-sakit. excited aku rasa ahad lepas cuma ada beberapa yang aku tak berapa puas hati dengan acara tersebut .. pada awalnya persembahan memang boleh dikatakan berjalan dengan lancar . Aku rasa gig ini berjaya disebabkan ada satu lagi gig yang telah menggunakan tarikh yang sama dan menggunakan band-band yang namanya agak besar dari pandangan aku.. tetapi tak mematahkan semangat mereka-mereka yang menganjurkan Tour ini.. setibanya di annexe dalam pukul 11.30 pagi aku berjumpa andy Inspire untuk bebincang serba sedikit tugas yang aku perlu lakukan sebelum gig ini bermula..

Aku rasa sangat seronok bila berjumpa dengan geng-geng dari JB.. sangat meriah , natalie, azmi dedey, danish, bai, wandi, nyzam, kell, yusri, geng k.i.t.a dan ramai lagi yang tak tersebut oleh aku.. sorry kalau tak sebut.. aku sangat teruja gila punya happy tak terkata.. tujuan aku datang gig ni pun nak merasakan keseronokan bersama kawan-kawan yang aku gambarkan sebelum ini.. dan satu lagi aku memang nak tengok band Laila's Lounge yang memang aku sangat-sangat minat.. hek hek =P

okep berpindah cerita pula.. gig berjalan seperti biasa.. aku jaga tiket dan berbagai kerenah manusia yang aku jumpa.. bila dah jaga tiket biasa la ada yang nak murah, duit tak cukup tukar sampai kene pinjam dengan orang lain.. adeh aku pinjam tak sempat nak pulangkan pada mereka, budak ribut design and chal.. kalau baca aku punya blog tolong carik aku sebab aku pegang duit yang korang pinjam hari tuh so sorry sebab aku carik korang lepas gig korang dah balik. adeh .. sampai satu keadaan tuh datang seorang seniwati Mariani ..???? aku terkejut sebab dia ada kat gig plague .. eh kenapa dia datang sini ?? rupanya cari anak dia lia mariani sebab dia cakap dia datang gig mintak dengan dia tapi dia call anak dia ke tah cucu dia tak angkat.. haaa da pelik aku siap mintak andy inform dia kat dalam tapi still tade jugak.. rupanya anak dia pergi gig kat MCPA .. hak hak lawak jugak hari tuh ... macam-macam benda berlaku ...

so dalam keadaan yang agak sibuk aku lepak sambil melayan perasaan.. jaga tiket sebenarnya bukanlah perkara mudah dan bukanlah satu keseronokan.. biasala bila dah jaga tiket aku kene duduk kat kaunter tanpa dapat join mana-mana band perform kat stage.. waaa bosan dengan kerenah manusia yang tah hape-hape bila kite tengok .. bila tak dapat tiket murah mulalah dia nak buat perangai.. pernah berlaku pada aku, terjadi kat penang .. mintak RM 10 perperson kalau aku tak nak amek dia tetap nak masuk tanpa bayaran..(taksub gila budak ni dengan band hek hek) dengan muka bengang aku pergi la jumpa nas mintak permission biar budak2 tu masuk dengan bayaran RM 10 .. tapi kira ok la dengan sikap mereka walaupun agak kasar dan tak bersopan aku hormat dengan cara mereka sekurang-kurangnya mereka mahu juga bayar untuk masuk gig.. dari mereka yang kononnya support muzik tapi masuk gig selagi boleh nak masuk freee..(haa tekena batang hidung sendiri) =P cuma rugi la sebab kalau sorang tak apa ni dah dekat 7 orang .. hish .. pening juga aku .. satu hal aku memang kene jaga duit tiket tu .. semua atas tanggungjawap aku ... kalau hilang dah tentu2 aku yang kene ganti so aku terpaksa guna akal dengan inisiatif yang tak membebankan aku ...

Dan sampai la waktu yang aku memang tunggu sangat-sangat Laila's Lounge akan perform.. lalu tak sabar nak tengok gelagat ameer .. toya bawak peminat cilik Laila's Lounge perghh seronok gile siap hafal lagu mawar khayalan.. diberitakan pada aku andy kata " okep lely dah boleh tutup kaunter" yeay!!~ gile best la tapi aku memang seronok kebanyakan gig takkan boley tutup kaunter sampai gig habis... gig ni jerk aku rasa boley tutup kaunter cepat.. andy pun tak kesah sebab dia tahu aku memang minat Laila's Lounge.. hek hek thanx so much andy kerana memahami... =P

Cuma dalam keadaan ini aku tak berapa suka bila drumm kat bawahh... ??? apesal kat bawah ?? kenapa drg tak pk betapa susah nak manage sound kalau drum kat bawah.. satu yang aku rasakan pasti ada yang berkecil hati ... satu lagi aku tak puas hati kenapa lailas lounge main 3 lagu jerk?? huk huk seday laaa excited nih .. tapi mereka perform lagu baru .. siyes aku suka gila.. lagu baru memang touch ... aku tak ingat lagu tu tajuk apa.. aku kalau 1st time aku suka... aku memang suka la lagu tuh ... mean lagu tuh mesti ada something.. meremang bulu roma aku ... rasa nak suruh dia main balik lagu tuh... kat bawah ni aku akan attachkan you tube song terbaru dari Laila's Lounge.. dan aku dapat tau ... ameer menangis sebab laila's lounge main 3 song jer.. huk huk seday nee...


selepas aku menyerap masuk lagu2 terbaru dari Laila's Lounge aku sudah bersedia dengan kekuatan fizikal dan mental waaaa skakin time.. yeah semua geng-geng skakin dah bersedia .. terharu .. aku memang nanti kan saat ini ... dalam kesamaran dengan iringan lagu ska dengan bahang panas manusia mula terasa aku nampak kelibat Hishamudin Rais dalam gig tu.. waaa ... kenapa yer? dan gig itu berakhir dengan setiap wajah melemparkan senyuman penat .. adeh !!~ =P





Laila's Lounge at Jamming Session -Untitled new song
(serius best)

Jumaat, 16 Mei 2008

Syukur...

aku terharu dengan kebesaran Mu..
hampir menitis air mataku mendengar dan melihat sesuatu dengan segala kekuasaan Mu..
aku bersyukur hanya kepada Mu..
Kau segalanya yang mengetahui..
Kau segalanya yang mengatur seluruh umat manusia di bumi...
bimbinglah aku ..
tunjukkanlah jalan padaku ..
berikan lah aku ketenangan yang hanya kau saja yang mampu memberikannya...
aku panjatkan kesyukuran hanya kepadamu yang Esa..

Khamis, 15 Mei 2008

....

bukan teman bicara..
hanya teman pelepas ..
lepasan nafsu gila..
buangan sampah tempatnya..
sekadar singgah ..
kala menjenguk rasa..

='(

rintih tak bermaya..
bergelut dalam kerumunan..
terpisah jauh dari yang nyata..
pengharapan pada yang Dia..
aku ditimbus dihinjak..
tersepit tak bernafas...
dalam gelita aku sesak..
berikan ruang walau sezarah..
lepaskan aku dari sengsara resah..

Jumaat, 9 Mei 2008

Air Mata..

Aku terfikir setiap kali, mengapa air mata selalu menitis.. kadangkala aku tak pasti mengapa air mata itu kerap kali dititiskan kadangkala tiada alasan dan sebab.. dalam masa yang sama juga aku tidak pasti mengapa selalunya ia akan terjadi kepada wanita.. aku tak pasti benar atau tidak .. tetapi renungkanlah isi ayat ini untuk kita fikirkannya..

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab,Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata sianak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat."Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti....

"Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan."Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban duniadan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, danmengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula,ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya,walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab,bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkalipula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup, karena di kakinyalah kita menemukan surga.

Khamis, 8 Mei 2008

hitam putih kehidupan

Kepada kawan-kawan yang amat ku sayangi..
teruskan hidup kamu walau sepedih mana yang kamu perlu tanggung waktu ini..
semua itu akan menjadi pengalaman kamu akan datang..
sayangi keadaan dan kehidupan kita waktu ini..
dan jangan menyesal dengan keadaan kita dan hidup kita waktu lalu..
kawan-kawanku sayang lirik lagu ini untuk kawan-kawanku semua..

Hitam Putih hidup -Sheila Majid

Lihatlah sekitar alam
dunia luas terbang
langit tinggi kebiruan
pohon-pohon kehijauan
hembusan bayu yang menyegarkan

dengarkan disana sini
beburung riang menyanyi
bebunga aneka warna
sumber kedamaian jiwa
ku syukuri nikmat maha Esa

begitu berharga
kehidupan ini
bagi mereka yang tahu menghargai
mengapa terdorong oleh perasaan
kalau turutkan hati diri menjadi korban

tiada yang dapat lari
dari masalah diri
hadapilah dengan tenang
tiap cabaran yang datang
atasinya dengan keimanan

sekadar buat renungan
untukmu teman tersayang
hitam putih masa depan
sendiri yang menentukan
hidup ini usah persiakn

begitu berharga kehidupan ini
bagi mereka yang tahu menghargai
mengapa terdorong oleh perasaan
kalau turutkan hati diri menjadi korban

sekadar buat renungan
untukmu teman tersayang
hitam putih masa depan
sendiri yang menentukan
hidup ini usah persiakan

hitam putih kehidupan
sendirian menentukan
hidup ini usah persiakan

kawan-kawanku sayang kalau nak dengar lagu ni klik disini okep =)

Pengecat Bintang..

Dikejauhan aku melihat langit itu ..
sama dengan langitku
Disini aku menanti pelangi..
mengindahkan lagi sepi senjaku yang mula menjingga..
Kala kelam mendatang..
aku mahu pengecat itu..
mengecat bintang-bintangku ..
untuk menyulam malam sunyiku..
agar kerinduan ini mampu diubati..


Buaian Lena Sebelum tertutup mata..>

ranking # 1st??

bosan rasa hari ni.. best kalau lepak kat umah..
ada jugak bono yang nak melayan orang psyco macam aku neh..
waaa benci la...

Dalam hidup aku banyak aku letakkan orang yang special paling atas dalam ranking hidup aku.. tapi sekejap ianya berubah2 dan aku pun tak tau aku letakkan siapa yang paling bawah.. kadang-kadang manusia yang selalu menyakitkan hati aku, aku selalu letakkan dia dalam ranking yang paling atas.. sedangkan apa yang dia buat, setiap masa ada saja yang tak kene..

kadang-kadang orang yang selalu beri aku sesuatu yang tak mungkin aku boleh dapat dari orang yang aku harapkan, aku letakkan dia tah kat mana .. tapi yang pasti aku memang tak reti letakkan seseorang tu ranking yang aku rasa paling rendah dalam hidup aku.. kalau aku benci dia pun, aku akan buangkan dia dari kamus hidup aku dan aku takkan sekali-kali letak kan dia walau dibawah tapak kaki aku.. kiranya aku beranggapan orang yang aku benci tak ada pun tak pe.. yang penting bila aku dah buang dia tak susahkan hidup aku lagi..

tapi aku tak tau manusia-manusia yang aku letakkan mereka dalam ranking hidup aku ni, dimana letaknya aku pada dia pula..

bawah kaki ?
bawah mata ?
belakang bontot?
hak hak supaya dia senang nak dudukkan aku bila kentot! mak oiiii!!~ tolong lah mimpi ngeri.. waaaa!~

Dan apa yang aku rasa, aku tak pernah terfikir mereka itu meletakkan aku ranking yang paling atas... humm kalau dulu mungkin tapi sekang dah tak de lagi kot... aku selalu akan terasa semua ni... sebab aku tau aku bukan sebaik manapun bagi mereka.. aku bukan secantik mana pun bagi mereka dan aku bukan sebijak mana pun bagi mereka.. tapi aku pasti semua manusia tahu mana mereka nak letakkan kawan-kawan mereka.. kekasih mereka , dan family mereka dan aku tahu orang yang mereka benci pun masih ada tempat lagi dalam hidup mereka.. aku sentiasa menganggap aku selalu akan diletakkan diranking yang paling bawah..
aku sangat berharap ,orang yang aku harapkan masih meletakkan aku dalam hatinya...

korang tau tak? dan korang ada rasa tak? kadang-kadang kat myspace, friendster ke apa sekali pun bila kita manage page kite pasti kita akan letak orang yang biasanya ada dalam kepala kita.. kita akan dulukan mereka yang memang ada dalam kepala kita dari orang yang kita akan fikirkan untuk kedua kalinya...

tapi kita sedar tak? kadang-kadang kita ada rasa egonya, kita kata top friends tuh tak penting.. semua tu saja diadakan untuk menghiburkan hati kita sendiri .. tapi biasanya kita akan letak top friends tu orang yang kita rapat, orang yang kita kagumi dan orang yang kita sayangi atau sanjungi.. perasan tak? memang kebanyakannya akan buat macam tuh.. tapi orang yang rasa diri dia ada dalam kepala otak orang yang ada dalam kepala otak dia, tetiba takde kat situ.. rasa-rasanya apa perasaan dia? tapi aku rasa selalunya orang tu akan rasa kecik hati.. even alasan orang yang arrange page tu cakap " ala tapi aku ada letak nama ko dalam blog orang yang aku sayang" hak hak .. yer manusia mahu menjaga hati manusia yang lain .. kadang-kadang ada setengah manusia sanggup menjaga hati orang lain dari menjaga hati sendiri... kadang-kadang benda yang kita tengok sebenarnya nampak jelas siapa yang sebenarnya yang ada dalam hati atau kepala otak mereka.. kenapa la ada ranking macam tu kan... makin banyak manusia akan terasa..

kadang-kadang aku rasa macam TIPIKAL hak hak tapi bagi aku, aku dah malas nak fikir aku nih tipikal ke tropikal ke toping ais krim ke.. aku dah tak pedulik.. aku kalau dah terasa aku memang terasa tapi aku malas nak carik gadoh atau nak bertekak dan jalan akhir aku diamkan aje.. paling teruk pun aku perli atau aku bagi tau dia aku tak suka .. kalau dia nak terima ke tak nak terima tepulang la pada dia.. yang aku tau, aku tau apa yang aku buat, aku tau aku nak fikir apa, aku tau aku nak rasa apa.. kalau boleh aku tak nak libatkan orang lain dan sekaligus menyusahkan hidup orang tu.. aku cuma mahu orang mendengar apa yang aku rasa.. resah, gelisah, kecewa... aku nak dia dengar jerk .. tak tau nak suggest apa, advise apa pun aku tak kesah.. asalkan apa yang terbuku yang dah berbuku-buku dan boleh dibuat perpustakaan dalam hati aku ni tak beratkan rasa hati aku.. aku nak aku bawak hati aku ni dengan rasa yang ringan jerk... baru la aku boleh rasa bebas dan aman..

aku dah serabot sebenarnya ni.. tak tau apa sebenarnya aku fikir.. aku tak tau apa sebenarnya yang aku rasa.. jeles, sakit hati, sakit mata, sakit telinga hish bawak2 kan jerkla besabar yer... aku pun dah bosan duduk kat opis ni tak tau nak buat apa... sigaritas(noe cakap neh tiru ayat dia) aku pun dah nak abis, duit dah tade neh.. pokai habis aku bulan ni... tapi bak kata adam class mate aku kat kolej dulu "korang janganla sangkeng-sangkeng ngan aku lagi".. rindu zaman kolej dulu seronok melayan kenakalan kawan-kawan gila aku yang selalu aku rasakan sampai sekarang ni memang gila.. terima kasih kawan-kawan ku baik kawan yang sekarang, dulu, zaman paleolitik, neolitik pun aku sangat terima kasih dan menghargai kamu semua kerana sudi berkawan dengan aku dan kamu sentiasa berada dalam hati aku..

p/s: nak mintak coding yang boley hidekan top friends sape ada bley mintak tak? =P

Selasa, 6 Mei 2008

Terasa hati ke aku??

aku terasa ke?? aku rasa apa yang aku buat macam mengikut2 orang lain..
kononnya aku neh nak buat sesuatu untuk memperjuangkan tentang apa yang aku perjuangkan..

betul !!~

memang aku perjuangkan tentang apa yang aku ingin perjuangkan..
tapi aku buat sesuatu ,orang lain memang sokong aku dari belakang.. beri pendapat pada aku bagus atau tak sesuatu yang aku lakukan itu. berkesan atau tak sesuatu yang aku lakukan itu..
memang aku tak nafikan memang ada yang sokong kuat terhadap apa yang aku lakukan..
aku juga mengharapkan orang keliling dan orang terdekat yang paling aku percayai memberi sokongan dan memberi idea tentang apa yang aku lakukan.. mungkin aku lakukan tak sebagus apa yang orang lain lakukan ... aku tetap akan teruskan apa yang aku ingin lakukan... tapi aku amat berkecil hati dengan orang yang aku harapkan..

kata atau semangat mungkin jauh dari telinga aku untuk mendengarnya.. mungkin apa yang aku buat bagi dia tak sehati dengannya.. apa yang aku cuba pejuangkan tak sama dengan mentalitinya dan mungkin juga apa yang aku fikirkan tak sama dengan jalannya.. mungkinkah apa yang aku lakukan hanya diletakkan sesuatu itu hanya dibawah tapak kakinya sahaja.. atau mengunyah dan terus membuang sambil merungut kepahitan..

aku ni cemburukan orang yang lain??
yang disokong oleh orang yang aku harapkan ke?
meskikah perasaan cemburu itu hadir dalam rasa hati aku?
kenapa cemburu itu perlu hadir?

aku ikhlas apa yang cuba aku lakukan.. seperti apa yang bono katakan semalam apa yang kita nak buat kita mahukan sokongan dari orang yang kita betul2 harapkan.. aku pun merasakan yang sama.. sokonglah !!~ kalau rasa benda tuh tak betul pun beri idea untuk dia perbaiki.. susah ker? tapi bila orang lain mudah saja dia lakukan, beri sokongan yang tak pernah padam.. tapi kenapa bukan aku? kenapa bukan aku?

aku tahu pasti dia akan berkata lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.. betul bukan mengharapkan balasan tapi bila apa yang aku lakukan sesuatu ,semangat itu adalah aset untuk aku terus bergerak .. tapi bila orang yang kita harapkan??
diam..
batu ..
kadangkala tak pernah sokong apa yang dilakukan..
down tak rasa??

lebih pedih kita mengharapkan dia.. tapi sokongan itu tak pernah hadir.. tapi bila kita lihat ..sokongan itu hanya untuk orang lain...terasa hati ke aku??

Mak, Disepanjang hidup anakmu..

Mak, dalam sepanjang hidup anakmu..
kamu terlalu banyak korbankan segalanya untuk anakmu ini..
adakalanya anakmu ini terasa disisih, diabaikan dan terasa dipinggirkan,
mungkin kerana anakmu ini jauh beza usianya dari kakak
dan mungkin terlalu dekat jaraknya dengan adik
anakmu ini sedar kamu bukan mahu memilih kasih,
dan kamu mahu ianya terbaik untuk sesiapa jua baik kakak mahupun adik,

mak, dalam sepanjang hidup anakmu ini..
terlalu banyak anakmu ini menyinggung perasaanmu,
kadangkala suara ini terlalu tinggi hingga menggores rasa hatimu,
kadangkala anakmu ini tak peduli akan kesusahan yang kamu tanggungi selama ini,
kadangkala anakmu ini terlalu meminta hingga kamu tak mampu memberikannya,
namun kamu usahakan juga walau terpaksa mengikat perut
walau terpaksa mengerah keringat sehingga tak mampu menahan letih,
anakmu ini sedar keterlaluan akan semua itu sehingga sanggup anakmu mengabaikan semua terkadang itu.

mak, dalam sepanjang hidup anakmu ini..
percayalah anakmu ini bukan tidak pernah memikirkan pengorbananmu ini,
percayalah juga anakmu ini terlalu mahu untuk membalas jasamu yang tak terbalas besarnya bagi diri ini..
percayakan la anakmu ini kerana disepanjang kehidupan yang anakmu lalui,
anakmu ini terlalu menyayangi kamu..
anakmu ini terlalu memikirkan bagaimana jalan untuk diri ini terus membalas jasamu dan ingin kamu merasakan bahagianya bila keberadaan diri ini disisimu..

mak, disepanjang hidup anakmu ini,
anakmu ingin memohon ruang darimu,
maafkan segala salah silap diri ini,
anakmu memohon padamu jua agar dihalalkan makan minum dan semua yang telah anakmu pinjam darimu..
anakmu ini jua memohon padamu,
berilah peluang untuk anakmu ini mencari jalan seboleh daya untuk membalas jasamu..
jika diri ini masih melakukan kesilapan yang tak disengajakan atau satu waktu tidak perasan akan perbuatan itu,
anakmu memohon keampunan dari seluruh jiwa ini..
Selamat hari ibu mak,
anakmu ini terlalu menyayangi kamu sampai akhir hayat diri ini..

hari ni aku rasa tak best!~=(

pagi ni aku rasa biasa je.. sometimes rasa cam luka-luka kat hati.. ngilu sekejap, ok sekejap.. aku rasa hari ni tak best langsung. Lately memang aku rasa tak best. rasa nak nangis rasa seday kejap kang rasa happy gile nak gelak kuat-kuat. rindu sangat sabtu lepas lepak ngan nurul, jon, natalie, anith kak wani. haaa kak wani bestfriend Farah, dia kata muka aku macam farah, kecik sama dress pun sama .. haa?? dress sama? aku baru nak pakai ladies-ladies macam hari tu. Kalau tak sebab nurul sure aku pakai jeans jerk tapi still pakai baju pompuan-pompuan. bono dah banyak kali suruh aku makeover. memang aku nak makeover nak bagi cantik-cantik macam pompuan lain. tapi aku ni malu, bila orang tegur jer aku lain mesti aku dah segan. For sure lepas tuh aku tak nak pakai lagi baju camtuh. Banyak kali dah aku buat tapi mesti tak jadi. Kesian boyfriend aku dapat pompuan macam aku selekeh. Kua tak pakai makeup , pakai jeans jerk , pakai t-shirt. Kadang2 aku terasa jugak. "asyik pakai t-shirt jerk pakai la baju pompuan skit". aku memang nak pakai tapi aku segan. so farah tuh ladies-ladies la .. aku boleh ubah but aku hope gila janganla sebab bayangan lepas baru nak rasa sayang dengan aku.. aku sayang dia..

Aku sekarang ni rasa nak pergi jb tetiap minggu. Kalau boleh nak pindah JB lepak2 sana. Kawan2 sana friendly even kadang2 drg neh nakal tapi kelaka. Nak sangat lepak ngan nurul, jon, natalie, anith hari2. Aku kat sini rasa sunyi mungkin si dia lama sangat kat sana. Aku nak ajak bono duduk sana boley imagine cemana kalau duduk sana. Mesti banyak aktiviti kitorang buat. Bley main dengan ameer bley gelak2. tak sabar nak tunggu 18 may neh drg sume nak datang.. yeay.. tapi aku rasa cam seday lagi.. tatau nak luahkan cemana. aku nak nangis tapi tatau apa yang aku nak nangis kan. aku nak luahkan rasa rindu tapi aku tatau nak pakai ubat dari sape.. aku nak bz kan masa tapi banyak sangat masa.. adeh~

Pagi ni aku dapat kad jemputan. Membe aku kawen dah 2 orang jemput aku hari yang sama tapi 18 may juga.. aku ada gig. adeh~ aku seday .. aku nak jadik jugak macam 2 kawan aku tu.. bila la aku boleh jadik macam dorang.. hidup aku macam huru hara kejap.. kejap lagi baik la tuh.. nak g buang asap jap.. =)

Isnin, 5 Mei 2008

ameer..





bangun dari tidur aku nampak kelibat ameer. Tengah tengok aku tidur agaknya, mungkin juga dia pelik tengok ada orang tidur dalam bilik "parents" dia. Kesian nurul aku pulak boleh tidur kat bilik dia..

lely: ameer!!~ (sambil menguntum senyum)

ameer: hai!!~ ( terjun atas katil)

lely: awalnya ameer bangun!!~

ameer: hehehe (mengambil "case hotwheel")

aku melayan karenah ameer yang sangat comel tu. Seronok betul dapat anak macam ameer pandai berkomunikasi dan gaya pertuturan seakan-akan dah dewasa. aku tau ameer ni sangat bijak ,sangat "pickup" bila diajar sesuatu. mula lah aku membayangkan yang indah saja.

lely: ameer "uncle" hadi tak de. "uncle" hadi tak nak tidur umah ameer.. (sambil mengusap rambut halus ameer)

kononnya aku mahu mengadu, lawak la lely mengadu dengan budak secomel ameer.


ameer: kenapa uncle hadi tak nak tidur rumah ameer? sebab ameer letak superman depan abah yer?(muka yang mengharapkan jawapan)

lely: ???!~"eh !~

aku tecengang bila dia soal aku balik.. kononnya nak mengadu, aku pulak yang timbul rasa serba salah pada diri dia. kagum jugak bila ameer yang hanya seusia 4 tahun sudah ada rasa serba salah. Setahu aku rasa serba salah seorang budak seusia itu hanya akan di rasakan sementara, mungkin juga tak sampai satu hari dia pasti akan lupa. tapi peristiwa meletakkan superman didepan abahnya itu sudah seminggu berlalu.

lely: eh tak delah bukan sebab tu.. uncle hadi kene jaga kucing kat rumah . tade orang nak bagi makan kat kucing tuh. kesian kucing tu.

ameer: kene jaga kucing..? (mengerutkan kening)

lely: aah kesian kucing tu tade orang nak bagi makan..


ameer hanya pandang dengan senyuman yang sangat indah. sambil puting botol susunya digigit dan bermain-main dengan kereta "hotwheel" nya. bila aku terfikir umur seusia ameer ada juga rasa bersalahnya atas perbuatan yang dia lakukan. Tetapi ada diantara kita yang pandai berfikir dan pandai menilai baik atau buruk sesuatu, adakalanya tak ada rasa serba salah, Kita perlu juga tahu perbuatan walau sekecil zarah juga mampu membuat perasaan orang lain tersinggung.


Dalam hati aku berkata "ameer yang comel, bila kau menganjak kealam dewasa, aku doakan kau akan mampu mengatur langkah dengan baik agar kau telusuri kehidupan yang indah satu waktu nanti" (sambil mengucup pipinya)

Isnin, 28 April 2008

ego..

aku benci orang ego..
nak buat tuh sumenye salah.. nak buat neh sume nyer salah..
apa lagi nak kene buat pun tatau..
bila aku tanya senyap..
bila aku mintak pandangan senyap..
dia anggap dia lain dari yang lain..

bos:

aku tak suka ego dia..benci meluat menyampah..
rasa nak berenti keje ..
bukan silap aku dia nak marah..aku punya tatau menahu pasal tender document tuh..
tak pasal2 " Fucking Shit"
WTF dia boleh cakap aku macam tuh juz tatau no tender yang bukan job aku..
lepas tuh nak blame aku kata aku tak baca.. semata2 resit yang dah sampai ke melaka..
tanya la staff kat melaka tuh.. pesal tanya aku ??
hilang rasa hormat aku kat dia.. aku rasa dia la manusia yang berpangkat tinggi yang tatau adab sopan depan staff dia.. depan orang lain plak tuh maki aku..
dahla tuh tak reti nak say sorry or nak amek tau pasal kebajikan staff..
dia tau nak marah jerk.. kalau buat keje bagus sekalipun say thanx pun tidak.. senyum kat staff jangan harap.. sepanjang aku jumpa dia dalam opis dia tak pernah nak senyum kat aku or staff lain... nak mintak naik gaji memang susah.. aku tekanan dengan orang yang ego macam neh.. kalau rasa2 nak cakap camtuh be freindly la dengan staff.. ni tidak macam SIAL!!~

that boy:
aku tak suka satu lagi.. aku buat air sebab air tuh suam buang dalam sinki.. tak hargai !!~ depan mata aku menghentak lepas tuh campak air tuh..paling kurang cakap la pelan2 "air tak panas.. kalau buang boley? buat kan yang lain nanti" dah la aku yang buat air.. lepas tuh boley plak nak marah.. aku juz cakap air neh suam.. boley plak nak melenting" Buat la air panas!!~ eeeee geramnye... macam hampeh.. macam budak suruhan.. macam alat penyuruh.. bila soh dia pk dia akan dapat apa saja.. say sorry pun tak.. kalau mintak pujuk haram nak buat..kononnya dia lain daripada yang lain..tak macam lelaki jiwang... jiwang ke kalau say sorry?? say thanx?? cakap pelan2 tuh jiwang? adeh~ bukan nak mintak yang bukan2 juz mintak something yang rasa dihargai... itu pun susah.. ego sangat!!~

that girl:
benci betol kalau minah neh bercakap.. konon hebat.. konon cantik ... kalau cantik sekalipun takyah nak belagak... elok2 cantek dah belagak terus tak nampak cantek dia.. bukan jeles.. bila orang blame dia untuk kata2 yang dia keluarkan.. tak mau mengalah kononnya apa dia cakap betul semuanya... tak penah ada yang silap.. nak semua orang sayang dia tak nak pikir pun perasaan orang lain.. yang penting semua orang kene suka dia.. tak boleh pun sorang yang kenal dia tak sayang dia.. bila orang kritik mula lah nak kritik orang tuh .. kata orang tuh budak2 lah. pendek akal la.. tak reti hidup la.. tak kesah la semua tuh.. takkan setiap kebijaksanaan berdasarkan faktor umur.. nak buat satu nasihat walaupun yang lain tuh muda daripada dia menganggap nasihat tuh tak bley pakai.. bila dah sakitkan hati orang .. tak reti nak mintak maaf.. kononnya diri tuh kewl.. argghhh pergi mati la!!~


tak boley ker turunkan sikit ego tuh? jangan tau nak menang dan menganggap diri tuh jerk yang betul. semua manusia ada silapnya.. bila manusia ego neh nak sedar???

Khamis, 17 April 2008

Sang Pencipta..

Mengukir indah di papan biru yang tinggi,
menjengket, cuba mencapai pelangi.
Lukisan penuh warna warni.
Ilham sang Pencipta yang tiada tolok bandingnya.

Merenung kekunci langit yang berkerdipan
sambil cuba memulas tombol cahaya mengambang
tika kelam selubungi sepi.
Anugerah sang Pencipta yang tiada taranya.

Mengecat warna dedaunan menghijau dipagi dingin yang segar
sambil tercalit warna kebiruan dari aliran
yang tak mungkin dapat diputuskan.
Idea yang sangat indah oleh sang Pencipta
kerana dia adalah yang Esa..

Jumaat, 11 April 2008

3 purnama



satu masa dulu ..
masa indah untuk 3 purnama..
memenuhi ruang bagai meletak aku dipuncak..
akhirnya jatuh juga..

kuasai cinta?

"Jangan membenarkan cinta kuasai diri kita, seharusnya kita menguasai cinta"

kata-kata itu hanya kiasan. Saya bukan bermaksud untuk mengatakan yang kita harus kuasai cinta, mengejar cinta dan memiliki cinta sehingga kita memperolehinya. Saya hanya mengajak manusia lain berfikir tentangnya. Bukanlah bermaksud untuk saya mengalakan ianya terjadi seperti itu. Jika kita punyai cinta kita tidak harus menghambakan diri kita kepada cinta. Sedangkan kita tahu cinta yang kita miliki jika terlalu taksub akan memakan diri kita sendiri. itulah maksud bagi" jangan membenarkan cinta kuasai diri kita". Dan setelah kita perolehi cinta yang pada hakikatnya setiap manusia memperolehi anugerah cinta dari yang Esa. Kita perlu berfikir bagaimana seharusnya kita melihat cinta itu dengan pandangan-pandangan positif, membawa cinta yang sudah berada dalam diri kita membentuk cinta itu dengan rasa bahagia, indah, mudah dan bebas. Mengambil cinta yang kita perolehi dan membentuknya untuk membawa diri kita melangkah kesatu arah yang lebih baik. Itu yang saya maksudkan tentang "seharusnya kita menguasai cinta" saya bukan mengistilah cinta itu harus dikejar dan mendapatkan cinta itu sehingga kita perolehinya dan mengambil cinta itu untuk membuat sesuka hati kita, dan memang benar jika kita mengejarnya kita akan lebih menderita dan tidaklah saya memaksudkan cinta yang ada pada kita perlu dipegang serta kita harus memastikan cinta yang kita pegang itu tidak terlepas dari diri kita. Cinta itu luas, cinta bukan sekadar manusia kepada manusia. Terpulang pada seseorang manusia bagaimana manusia itu meletakkan cintanya. Kebiasaannya manusia bila berhadapan dengan cinta akan membiarkan cinta yang membawa arah terhadap langkah mereka seterusnya dan bukanlah pula mereka yang membawa cinta itu kemana yang harus cinta itu perlu berada. Saya masih hamba Allah yang punyai banyak kesilapan mungkin pandangan atau pendapat yang saya utarakan ini bagi kamu yang membaca ada silapnya dimana-mana. Jika ianya punyai kesilapan perbetulkanlah agar saya dapat memperbaikinya..

Rabu, 9 April 2008

bila aku fikirkan

bila aku fikirkan waktu ini ..
aku rasa sangat bertuah kerana aku tidak dijanjikan dengan manisnya kata
tidak juga memberikan aku harapan yang segunung tingginya
aku tak terima rasa indah yang boleh layangkan diri sehingga aku ingin terbang.
aku hanya diberikan satu ilmu dan melatih diriku berfikir sendiri apa yang harus berlaku dalam hidup ini.
satu hidup yang aku rasakan sedang-sedang saja.
rasa indah itu lahir dari pemikiran.
aku terima satu ungkapan walau tak seindah mana.
kau laksana puteri dari kayangan.
ingin aku gapai bintang jadikan permata hati.
ingin aku renang lautan api.
aku tak dijanjikan kata manis dan harapan seindah itu.
bila aku hayati ungkapan dan perbuatan.
memberi aku teguh dan tabah dalam menjadikan rasa susah sebagai ciptaan yang sangat bahagia walau sedikit.
bila mana kata-kata ini aku berharap
dia ikhlas ..
ikhlas dalam menerima hati dan mampu memberi kebahagiaan walaupun tidak ketara nyatanya..
aku bukan perempuan biasa menerima rasa bahagia yang dimiliki seperti perempuan lain.
terima kasih aku ucapkan ..
jika dibandingkan dengan satu harapan yang akhirnya meranap dan meluluhkan hati yang mulanya bahagia.
sekurang2nya kau memberi aku rasa kesederhanaan
dan memberi aku rasa indah yang paling bahagia untuk dinikmati rasa itu sedikit demi sedikit
agar aku mengerti makna hidup sebenar..

Khamis, 27 Mac 2008

Abah bagi balik tangan ita...

Ibubapa zaman ini terlalu kejamkah? aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku.
mengapa ibubapa zaman ini sanggup mendera, memukul tanpa rasa belas..
hati aku terlalu sedih dengan kisah yang terlalu banyak aku dengar sebelum ini..
apa salah mereka sedangkan mereka belum banyak tahu tentang kehidupan, masih mahu belajar dan mahu membina daya kreativiti mereka untuk terus melangkah ke alam dewasa..
aku terima satu email.. terlalu sedih... aku tak tahu benar atau tidak cerita ini. Jika benar cerita ini, jadikanlah ia pengajaran dan jika tidak benar anggaplah cerita ini sebagai satu keadaan agar mampu berfikir secara rasional supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan tindakan yang melampaui batas..

"Sepasang suami isteri ,seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terusmengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana bengkak yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

apakah manusia yang digelar ibubapa sanggup membiarkan anak mereka seperti itu?
puaskan hati semata-mata kerana rosaknya sesuatu barang sehingga sanggup melihat anak mereka kesakitan?
apakah nilai barang sama dengan anggota badan seseorang anak itu sama?
atau lebih penting nilai sesuatu barang yang dibeli daripada anaknya sendiri?
renungkanlah..

Tiada yang harus menyerah dalam perjuangan cinta..

Disepanjang perjalanan hidup kita. Kite pasti tidak akan tahu apa yang berlaku akan datang.
Dimana kita dan bagaimana kita lakukan untuk hidup kita akan datang. Kita hanya merancang
sesuatu yang terbaik untuk diri kita namun pastinya kita tidak akan tahu terbaikkah yang akan berlaku dengan apa yang kita rancangkan dan kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi dan apa yang kita miliki nanti.
Kerjaya, keselesaan dan cinta adalah 3 perkara yang berkait rapat dalam hidup kita. kita biasanya akan memperjuangkan 3 perkara ini untuk ianya menjadi nyata dalam kehidupan kita, tetapi sejauh manakah kita mampu menghadapinya? mampukah kita menerima apa yang bakal berlaku untuk 3 perkara yang kita usahakan ini? semuanya terletak pada diri kita.

Didalam 3 perkara itu kebanyakan manusia pada hari ini ingin memiliki cinta, cinta yang bahagia. pastinya.. untuk memilikinya, kekuatan, ketabahan dan juga pemikiran adalah satu aset yang mampu membantu kita mendapatkan cinta yang indah dan bahagia, benarkah?
benarkah semua itu mampu membantu kita melangkah kesatu arah yang lebih baik?
ada juga manusia hari ini mempertikaikan cintanya dalam kehidupan.

Dengan anugerah yang Allah kurniakan cinta itu pasti hadir dalam setiap kehidupan manusia didunia ini. Cinta mampu memberi kita pengalaman dan mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang itu matang. Kita juga harus ingat cinta juga boleh merosakkan, dan cinta juga mampu membunuh perasaan manusia namun terpulang pada sesuatu individu itu untuk memberi persepsi dimana harus diletakkan cintanya dalam kehidupan.

Aku teringat kata-kata Angah "cinta itu mudah. kamu senang bersama. kamu boleh berbicara apa sahaja. kamu menerima seadanya..". Ya! memang benar cinta itu mudah. Aku bersetuju dengan pendapat itu. Manusia tak seharusnya memegang cinta dan menjadikan ia beban dan akhirnya manusia itu menyalahkan cinta itu juga akhirnya. Cinta itu tidak salah yang salah adalah kita. Kita seharusnya menguasai cinta bukan cinta menguasai diri kita.

kata Angah:"cinta sepatutnya bukan satu benda yg pressure, tekanan, dia sepatutnya indah, gembira,bebas.

Ya.. hakikatnya perasaan kita pada cinta seharusnya akan jadi seperti itu. Mengapa kita terlalu berat, sakit dengan rasa cinta?

Aku juga percaya "komunikasi adalah cara paling tepat untuk memahami seseorang. Komunikasi akan jadi lebih indah tanpa kata-kata kasar, perlu bijak tanpa berpura-pura, bebas tanpa berselindung, selalu ingin tahu dan belajar antara satu sama lain."Itu kata-kata Shakespeare.

Aku mengaku, aku masih tidak mampu meperolehi semua itu. Mungkin aku seharusnya melupakan cinta yang memberatkan dan aku percaya kekuatan dan ketabahan yang mampu membimbing kita ke arah yang lebih bermakna.

Kehidupan terlalu banyak asam garamnya. kehidupan kita terlalu banyak liku-liku hidup. Kekuatan kita yang mampu membantu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Kapal Kertas adalah satu filem pendek menggambarkan tentang kehidupan bagi aku. Bagaimana kita seharusnya sedar tentang ini.. tontonlah filem ini. Filem ini mampu memberi kita sesuatu yang bermakna kerana filem ini berkait rapat dalam kehidupan kita...





Tiada Yang Harus Menyerah Dalam..

Perjuangan Cinta..

Biarpun Yang Datang ...

Merakus Meratah..

Jiwaku dan Jiwamu...

by Hadi

Rabu, 26 Mac 2008

Laaa..

semalam aku pergi mengisi minyak disebuah stesen minyak yang berdekatan dengan ofis aku.

pada mulanya aku rasa malas dan hanya mahu mengisi minyak dalam perjalanan aku untuk mengambil bono.. tapi bila aku fikir masa terlalu banyak dibuang untuk menyinggah.. lebih baik aku isi minyak dan membeli rokok sekali.. takdela buang masa.
sesampainya aku distesen minyak aku terpaksa beratur disebabkan terlalu banyak kereta yang mahu mengisi minyak..

"Adeh~ kene beratur la pulak"

aku cukup geram kalau ada yang suka memotong barisan sedangkan dia nampak aku dah beratur dulu.

ayu! berbaju kurung memakai tudung. dengan selambanya dia menghimpit aku untuk membayar minyak depan aku.

tak tahu malu ke minah ni! aku apa lagi terus menghimpit dia semula dan terus membayar minyak aku dikaunter. pergi mampus la perempuan macam ni nampak jerk baik takde sopan langsung!!

seterusnya aku mula melangkah pergi ke "7-eleven". aku memakir kenderaan aku di depan kedai itu. aku perasan ada yang memakir kenderaannya dibelakang kereta ku. pada waktu itu manusia dikereta belakang ku serentak membuka pintu untuk melangkah ke "7-eleven"

Jantung aku bergetar.. apabila manusia itu bertembung mata denganku.

"pergh! cantiknya perempuan ni" dalam hatiku. kalau ikutkan sifat keperempuananku jarang sekali aku menyatakan perempuan lain itu cantik. Bukan aku cemburu tapi hakikatnya kalau tak cantik memang tak cantikla dari pandanganku. dia mengikut langkahku dari belakang menuju kepintu. aku terus pergi kekaunter untuk membeli sekotak rokok.

"perempuan ini juga mahu membeli rokok agaknya" kata hatiku.

"akak bagi saya winston light 14"

"winston light 14 tadela dah habis."

"ok la bagi saya winston merah"

"rm4.90"

"Terima kasih"

terus aku menoleh pada perempuan itu dan mula mengatur langkah.

"akak bagi saya dunhill mentol"

berkerut kening aku dan langkah hampir terhenti, suara siapa yang aku dengar tadi? setahu aku yang dibelakang aku tadi perempuan. punyala lembab kepala otak aku..

rupa-rupanya dia jantan.

"adeh~"

aku terus melangkah menuju ke kereta sambil menjeling kereta yang menhalang keretaku rupanya kawan dalam kereta dia adalah manusia sejenis nya juga. bukan aku tak biasa semua tu tapi jantan tuh sebiji rupa gadis yang rupawan. berbanding kawannya yang sedang menunggu didalam kereta.

"hampeh, baru puji rupanya jantan"

apa la nak jadi dunia ni ..
yang ayu bertudung berbaju kurung tak sopan..
yang cantik rupawan rupanya jantan..
humm..

Selasa, 25 Mac 2008

Linger


music player
*I want to be remembered
as the girl who smiles
even though her heart is broken
and the one who can always brighten her own..
*Im sick of the loneliness
im sick of the sadness
When will it over..
*Have u ever been hurt and the place
tries to heal a bit, and you just pull the scar off
of it over and over again..
*I never knew until that
moment how bad it
could hurt to lose something
you never really had
*I try to fix it
i guess i didn't
try hard enough
*I Thought i was your everything
i guess i wasn't enough..

Isnin, 24 Mac 2008

Kepalsuan.

Aku tersenyum hanya kepalsuan
aku gembira hanya kepalsuan
dan keindahan yang aku cipta hanya kepalsuan
kehidupan ini hanya palsu belaka
hanya yang benar adalah usaha
untuk menjadikan kepalsuan itu satu kebenaran..

Jumaat, 21 Mac 2008

Manusia yang mementingkan diri sendiri..

Disini aku tak nak bercakap tentang sesiapa. Aku cuma ingin tahu apakah setiap manusia sedar akan pelakuannya? apakah manusia sedar pelakuan itu menyakiti manusia lain? mungkin setiap manusia ada kesabarannya sendiri. sedangkan limit kesabaran terlalu terbatas bagi setiap manusia. Setiap manusia juga tahu tahap kesabarannya dimana.

Aku terima panggilan dari kawan aku . Dia meluahkan segala kemarahannya pada aku. Aku terima, kerana aku tahu dia bukan marah pada aku, cuma dia nak luahkan perasaan dia pada aku. Bukan dia tak mahu telefon manusia itu sendiri tetapi dia sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi pada manusia ini, lebih mudah untuk dikatakan manusia ini tiada perasaan nak marah pada dia tak guna buat sakit hati saja , boleh jadi gila, kalau dia bercakap dan luahkan pada aku sekurang-kurangnya kemarahan dia boleh reda. Kadang-kadang aku terfikir kenapa seseorang manusia jenis ini tak pernah nak hargai perngorbanan yang bagi aku terlalu besar untuk manusia lain. Kenapa dia terlalu pentingkan diri sendiri?

Aku tahu setiap manusia ada bakat mereka sendiri. Apa sebenarnya yang manusia ini cari sehingga menyebabkan manusia yang lain terlalu marah dan sakit hati dengan manusia seperti ini. Manusia ini dikiranya terlalu berbakat, sekiranya sikap yang terlalu pentingkan diri ini terlalu sukar untuk dikikis apa yang boleh manusia ini perolehi dari perlakuan yang bagi sesetengah manusia lain memandang jijik dengan perkara yang dilakukan?
Aku pula yang menjadi geram dengan apa yang sedang dibicarakan.

Manusia seperti ini yang pasti, aku lihat dirinya terlalu ego, telalu mementingkan diri dengan harapan apa yang dicari akan dia temui. Tak pentingkah perasaan manusia lain dalam diri dia? membuat perasaan benci hadir dalam manusia lain dan apakah ini yang dia inginkan selama ini?
Apakah rasa tolenrasi dan belas kasihan pada manusia lain sudah tidak wujud dalam jiwa dan pemikiran manusia yang dibenci. Aku tak sangka masih ada lagi dalam hidup aku wujud manusia yang tak pernah rasa kasihan, manusia yang tak pernah menghargai pengorbanan manusia lain yang terlalu membuang masa mencipta sebuah realiti untuk hidup dia , dan masih ada juga manusia yang tak pernah ada sikit pun perasaan kasih atau sayang (bukanlah cinta macam sepasang kekasih) kepada sahabatnya sedangkan sahabatnya terlalu mahu dia maju dalam hidupnya..

Manusia seperti ini memang tiada rasa sayang dan hanya tahu hatinya, jiwanya, pemikirannya, jalannya sahaja tanpa mempedulikan manusia lain yang ada disekelilingnya.. Bukanlah aku bermaksud untuk menghina atau membenci manusia ini.. apakah ini tergolong dalam salah satu manusia tipikal yang selama ini aku dengar? Jika benar manusia ini tidak suka manusia lain hadir dan masuk campur dalam urusan hariannya, kenapa manusia yang aku fikirkan ini tidak pernah mengelak atau bercakap sesuatu agar orang lain tidak merasa sakit hati? terus-terang itu bukankah penting agar manusia lain tidak tersinggung dengan perlakuan yang ditunjukkan? Apakah sifat berdiam diri dan membiarkan sesuatu keadaan itu berlaku, baik atau buruk pun ia terjadi adalah satu sifat yang mulia?

Manusia ini seharusnya sedar jika itu prinsip hidup dia lebih baik dia hidup didalam hutan yang mana apa-apa keadaan sekalipun tak akan menganggu hidupnya dalam melakukan apa-apa. Tak perlulah menyusahkan orang lain dan beranggapan hanya dia seorang sahaja yang mempunyai hati jiwa dan pemikiran..

Sedarlah manusia ini, dalam kehidupan, kita memerlukan antara satu sama lain. Bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Entah berapa ramai yang telah terluka dek sifat manusia yang tak pernah memikirkan hati manusia lain.. Jika benar apa yang dirinya fikir itu hebat, apa yang difikirkan itu tak sama dengan pemikiran orang lain, mengapa manusia lain perlu menanggung satu tanggungjawab yang berat sedangkan perkara itu wujud dari diri dia sendiri? manusia yang memegang tanggungjawab itu adalah orang yang aku rasa sangat tolenransi .. Manusia ini aku fikirkan adalah manusia yang menganggap tanggungjawab yang dipikul seperti tanggungjawab dia sebab tangungjawab itu melibatkan manusia lain juga.

Mengapa manusia yang aku sangkakan sangat bijak,menganggap pemikiran manusia lain kolot, menganggap pemikiran manusia lain yang tipikal kononnya dan memikirkan pemikirannya saja yang benar, tidak mahu menanggung tanggungjawab? sedangkan dia yang mencipta keadaan dan sesuatu perkara itu sendiri..
fikirkanlah..
Jangan terlalu memikirkan diri sendiri sehingga manusia lain tidak pernah merasa senang dengan perlakuan yang kamu tunjukkan..
Dan Ingatlah dalam hidup ini bukan manusia saja yang tidak suka pada manusia yang mementingkan diri sendiri, Allah juga tidak menyukai dengan manusia yang bersifat seperti ini..
wallahualam

Caramu yang tersendiri

aku bertahan seperti hari biasa..
mendengar suara hambar ..
yang bukan indah menusup ketelinga..
menentang keegoan..
keegoan yang tak ingin aku hadap..
dunia ini seperti biasa ..
berputar dan berputar..
hingga sampai satu destinasi ..
yang caranya lain..
namun keadaaannya sama..
bila malam tiba..
bulan menebarkan cahaya..
menari-nari aku dibawah cahayanya..
walaupun situasi dan keindahannya berbeza..
sama jugalah dengan kedinginan pagi..
menyapa kekulit ..
dalam caranya yang berbeza..
hadapilah ia dengan sejuta rasa..
pasti setiap manusia akan memiliki rasa itu..
Cinta padaNya akan kekal ..
hingga hancur menjadi tanah..
dan Engkaulah yang berkuasa mentadbir seluruh alam..
dengan caramu yang tersendiri..

Rabu, 19 Mac 2008

Menjadi Keraguan

Waktu ini manusia tidak lagi punyai rasa belas. Belas kasihan terhadap semua aspek kehidupan, samada sesama manusia, alam sekitar, haiwan atau apa saja. Kekejaman berlaku tidak kira waktu. Menindas, meremukkan segala yang asalnya perlukan sesuatu untuk dilindungi.

Dimana sifat belas yang seharusnya ada pada manusia??
Mengheret kesatu bentuk penyeksaan yang terlalu banyak sudut untuk dijelaskan.
Apakah manusia hari ini perlukan kekejaman, kezaliman??
Untuk memuaskan nafsu??
Mahu menang dengan segala tindak tanduk mereka??
Mereka hanya tahu diri mereka benar,tanpa merasa ianya akan lebih menyeksakan yang lain.
Lihat sahaja negara barat menjajah negara lain hanya memikirkan tentang keuntungan.
Hanya kerana apa??
Minyak??
Gas asli??
atau sesuatu yang harus direbutkan sedangkan itu bukanlah hak milik mereka.
Bukan itu sahaja mereka lakukan demi perasaan marah mereka yang terlalu tebal untuk dikikis. Sanggup berbunuhan, sanggup menyeksa manusia lain. Berbirat kelukaan yang sangat memedihkan, disulami rayuan dengan harapan semua itu dihentikan, puncanya hanya kerana mereka menolak segala yang mereka nyatakan.




Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku. (Gambar kedua kiri) Sebuah perkuburan beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.-Harun Yahya
Apakah ini satu sudut kekejaman yang hanya dapat dilihat??
bagaimana pula satu sudut yang kita dapat lihat tetapi masih samar dengan caranya??
Alam sekitar yang mereka musnahkan. Menipiskan ozon bumi. Menebang rimbunan yang sebenarnya memberi kedamaian pada manusia sejagat.
Kekejaman jenis apa pula yang kita fikirkan ini??
Disebabkan perasaan belas itu sudah tiada dalam diri manusia. Semua itu dilakukan hanya disebabkan ketamakan manusia itu sendiri.












POLUSI – Kontribusi polusi di kota Jakarta,
80 persen disebabkan oleh gas buang (emisi)
kendaraan bermotor. Di kemacetan seperti ini,
tingkat pencemaran lebih tinggi.-SH/gatot irawan

Haiwan juga dibunuh..
Hanya kerana mahu mendapat sesuatu daripada ia??
Untuk apa??
untuk dijadikan arca?? replika???
untuk dijadikan hiasan-hiasan ditubuh manusia??













Kemusnahan hutan sama ada secara semula
jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi
antara punca utama kepupusan haiwan. -fokus sains
Ini semua dari Kekejaman dari sudut apa??

Kamu pasti akan berkata" ah! aku bukan sekejam itu"
kononnya kamu tidak melakukan semua itu..
Pasti kamu lakukan semua itu.
Kamu semua juga terlibat dalam semua itu.
penyeksaan, kekejaman, penindasan...
Jika kamu berkata "Tidak! aku tidak melakukan semua itu"
bagaimana pula hati manusia lain yang kamu seksa??
apa pula bentuk kekejaman ini??
penyeksaan hati, mental, jiwa??
Sanggup membunuh perasaan manusia yang kamu sayangi,
sanggup membiarkan kesakitan pada jiwa manusia lain.
tersenyum..
berdekah-dekah ketawa tanpa perasaan, dalam kepuasan yang terlalu kamu inginkan ,
setelah kamu memberi seksaan yang terlalu pedih yang terpaksa ditanggungi manusia yang kamu namakan dia insan tersayang.























Gambar Hiasan-Ladynoe
Apakah kasih sayang itu adalah satu kekejaman?
Kita banyak melihat penyeksaan itu hakikatnya, Bukan sahaja pada pasangan masing-masing, ibu bapa juga, saudara mara malah sekalian umat bersaudara.
Apakah itu yang menyebabkan dunia hari ini huru hara???
Apakah semua ini berpunca dari sesuatu yang kita sendiri tidak sedari??
Itu semua hanya kepentingan diri, kepentingan yang menjadikan kekejaman dan kezaliman dan sekaligus membentukkan satu penyeksaan yang amat dahsyat. Bukan diluar negara kita sahaja yang dapat dilihat bentuk kekejaman yang dinyatakan, malah dalam negara kita sendiri. Perebutan kuasa, ingin gagah dan mahu memiliki kesemuanya tanpa menghiraukan manusia lain, semua ini dari hati yang terlalu mementingkan diri sendiri. Merasakan diri mereka hebat. Manusia akan berlakon selagi mereka mampu, kononnya mereka punyai rasa belas.
Sudah!!
aku sendiri percaya aku juga ada melakukan kekejaman ini. Kamu juga begitu. Sibuk memberontak tentang kezaliman manusia lain. Sibuk menolak tentang semua kekejaman manusia lain. Lihat sahaja dalam diri kita ini. Lihat sendiri diri kita..
Penyeksaan, kezaliman, kekejaman dari sudut apa yang kita telah lakukan??
semua ini sangat meragukan..

Selasa, 18 Mac 2008

hanya coretan..

disini dari ruang monitor bercahaya, aku rasa kepala aku sakit. Cahaya yang buat mata aku jadi rabun. Blog yang aku layari mengasyikkan , sampai aku terlupa waktu dah hampir petang.
Guruh dah menjerit memaki hamun dengan sambaran petir berkilau. terkejut aku.. waaa sibuk la lan neh.. kacau aku tengah mengelamun. Dengan kerja hari ni yang tak da makna untuk aku perlu datang ke pejabat, buat aku bosan setiap kali duduk dikerusi biru yang menyakitkan pinggang aku. Lan suruh aku layari youtube incubus "Here in my room" gila lagu ni aku suka.. sentimental. kenapa aku sekarang ni asyik minat lagu yang " slow motion " dah tak de keje lain aku asyik nak layan perasaan saja. Haha .. hari ni aku rasa bebas. walau ada rasa sakit tapi aku ubati dengan menghisap kepulan asap dari pembakaran nikotin agar aku lega. Satu lagi buat perangai bunuh diri, gila la lely. Macam mana la muka kau nak cantik? bibir kau dah menjurus ke arah "ghotic" haha gila kan? patut la semua lari, kau memang tak reti jaga kecantikan.. dah jangan nak bercakap sorang-sorang. macam orang tak siuman..

bila aku dengar lagu Incubus tu mesti aku ingat lagu Radiohead "nice dream" memang hari-hari aku dengar kat blog angah. Aku tak dapat yang "original" daripada toya dia dah janji nak bagi aku, tapi sampai sekarang tak bagi. aku selalu masuk blog angah sebab aku nak tengok susuk tubuh yang kurus rambut ikal ala-ala laila's lounge comel( nak jugak hek hek). mata berkaca, memang citarasa aku , sambil mendengar lagu "nice dream" humm... aku rindukan susuk tubuh itu.. rasa ingin ku peluk.. jika bayang dapat aku rasa alangkah baik nye.. hak hak .. lawak hari ni lely gila...~

Isnin, 17 Mac 2008

Aku mahu..

Aku mahu menulis …
Aku mahu luah kan ..
Tapi rasa ini seakan tak sudi berkongsi dengan jemari
yang sedang menunggu tugasnya..
aku mahu menangis ..
aku mahu menjerit ..
aku mahu meraung sekuat hati aku..
berlari-lari dalam hujan ..
menggila seperti orang tak siuman..
tapi air mata ini seperti tak sudi untuk keluar..
hati seakan tak mengizinkan untuk lelehan itu mengalir..
aku rasa sakit..
pedih…
aku mahu keluarkan semua kesakitan ini…
mengapa aku perlu rasa ini..
aku tak perlu rasa ini…
Ya Allah bantula aku…
Jauhkan la aku dari rasa ini..
Aku mahu bebas..
Aku mahu rasa indah..
Aku tak perlu semua ini..
Aku tak perlu lagi semua ..
Aku mahu dirku Ya Allah..
Aku mahu diriku…

Terima kasih..

Seharusnya aku perlu tabah..
seharusnya aku perlu kuat dalam jalani kehidupan..
tempikmu..
senyum tawarmu..
rasamu yang tak pernah ada aku dalam kamu..
jeling malasmu..
membuatkan ku harus memahami situasi ini..
terima kasih kerana memberikan aku rasa hidup
yang tak pernah aku rasai selama ini..
terima kasih buatmu kerana kamu membantu jalan pemikiranku
sehingga aku temui apa yang aku miliki sepanjang hidup ini
aku hargainya..
kerana ini pengubah hidup aku dari sebelum ini..
terima kasih sayang..
jika bukan rasa ini yang kamu berikan..
aku seolah hidup didalam mimpi
yang hanya ada indah dalam penghidupan..

Jumaat, 7 Mac 2008

Media Hari Ini.

Aku sebenarnya tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Wdaktu ini aku rasakan damai sekali. Sambil mendengar lagu dari Eross & Okta soundtrack daripada film Gie.
Muzik yang aku dengar daripada soundtrack ini menyentuh hati aku. “Tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki malam, tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki keadilan. Akan aku telusuri jalan yang setapak ini, semoga ku temukan jawapan.” Aku rasakan pengisian dalam lagu ni sangat-sangat bermakna, tetapi itu pada aku la. Aku tak pasti pula kalau orang lain yang mendengarnya. Filem Gie juga membawa kepada perubahan dalam hidup aku sebenarnya. Aku tahu pasal filem ni pun daripada kawan yang aku anggap sebagai kakak ku juga, Fazleen yang aku biasa panggil dia angah. Bila dia cerita tentang filem ni aku tergerak nak tengok lagipun aku memang suka dengar lagu puisi cahaya bulan masih dalam soundtrack filem ini juga. Kadang-kadang aku terfikir kenapa Malaysia ni tak ramai yang punyai semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sesuatu. Dah menjadi rutin harian aku di pejabat untuk aku mencari sesuatu untuk dibaca.

Pagi ini aku terbaca satu blog kawan aku . dia cakap kumpulan dia dipanggil untuk di temuramah. Soalan yang sama ditanya tentang mengapa kumpulan yang agak terkenal dalam muzik bawah tanah “underground” tidak boleh dekat dengan media? Lebih kurang macam tu la soalan dia. Aku tak faham sangat tentang apa yang Media zaman ini cuba cari. Mereka semua ni hanya tahu nak buat “Gossip” je? Macam-macam aku baca dan tonton dari surat khabar sampai ke tv. Bosan aku dibuatnya. Aku sekarang pun dah tak ambil tahu sangat pasal apa rancangan dalam tv dan apa isu yang di paparkan di surat khabar. Bagi aku semua tu tak boleh pakai. Semua yang mereka cuba sampaikan itu aku rasakan tak ada bawa makna apa-apa pun, yang aku tahu mereka ni semua macam nak rosakkan pemikiran manusia zaman ini. Hek hek .. kalau ada orang yang terbaca apa yang aku tulis ni mungkin dia akan fikir kenapa baru sekarang aku nak tulis semua ni. Aku sebenarnya dah lama sangat tak tengok tv rasa menyampah bila aku tengok, aku sendiri selalu terfikir akan hal-hal macam ni .Aku masih mencari jawapan lagi sebenarnya, cuma buat masa ni yang mampu aku buat mendengar pendapat orang lain saja, tak tahu pula kenapa hari ni aku ada semangat untuk menulis tentang ini. Mungkin semalam timbul perbincangan hangat antara aku, Angah dan Hadi. Macam-macam yang kami kongsikan. Kalau aku amik tahu tentang cerita dalam tv atau surat khabar pun kebetulan je. Ye la rumah sewa aku mana ada tv , radio, komputer pun aku tak ada. Surat khabar? Aku tak pernah beli. kalau aku baca pun dekat dalam internet . itu pun kalau aku rajin . Kalau aku singgah rumah kawan-kawan aku tu ada jugak aku selak majalah ke surat khabar tapi bukannya aku baca sangat isi-isi yang ada dalam majalah atau surat khabar tu. Kalau baca tajuk tu pun dah buat aku tak suka, memang aku takkan baca Aku pelik kenapa media sekarang ni terlalu nak ambil tahu pasal peribadi seseorang artis ni. Aku tahu itu semua untuk mendapatkan keuntungan sebab masyarakat kita yang suka ambil tahu tentang orang lain ni terlalu tinggi keinginannya. Apa yang sebenarnya mereka ni semua cuba perjuangkan? Hek hek.. pinjam ayat angah sekejap . tak apakan angah?

Ada satu mesej aku terima dari seorang kawan aku di myspace. Dia cuba tanya aku kenapa satu kumpulan ni tak nak bekerjasama dengan media . mereka seolah-olah sombong untuk berkongsi dengan media tentang kumpulan mereka ni. Aku ni dah macam jadi kaunter pertanyaan la pula. Kebetulan aku membantu kumpulan-kumpulan “underground” tertentu menjual produk-produk mereka, ambil kesempatan la agaknya budak ni. Hek hek.. Dan aku pun menjawab, mereka ni semua bukannya sombong tapi mereka cuba pertahankan apa yang mereka dah lakukan sebelum ni. Lagipun mereka ni semua dah biasa dengan cara hidup golongan manusia yang meminati muzik “underground”. Bila dia dah masuk dalam dunia artis mereka rasa janggal mungkin tak biasa. Dan mereka tetap dengan pendirian mereka untuk teruskan hidup seperti yang mereka buat sebelum ni. Walaupun sebenarnya aku tak suka dengan kumpulan ini tapi aku hormat cara mereka untuk tidak terlibat dalam dunia yang boleh buat semua orang jadi gila. Nak dibezakan budak-budak yang minat muzik underground ni aku rasa lebih baik daripada peminat-peminat muzik “mainstream” yang lain macam Dafi hak hak.. sebab peminat muzik “ underground ni lebih mengambil tahu dan lebih menyukai muzik yang sesetengah kumpulan ni bawa dan bukannya semata-semata berdasarkan pada rupa. Kalau sesebuah kumpulan samada penyanyi atau pemain “instrument” tak ada rupa sekalipun jika muzik yang dibawakan tu boleh menyentuh hati mereka pasti mereka akan menyokong kumpulan tersebut. Bagi aku artis-artis macam mereka ni ada hak dengan kehidupan peribadi mereka. Media sepatutnya tak payah la campur tangan dengan kehidupan yang biasa mereka buat. Terlalu peribadi kalau nak diketengahkan pun. Kenapa media sekarang tak cuba mengkaji apa yang sebenarnya anak-anak muda sekarang cuba lakukan.

Mereka sebenarnya boleh mengambil tahu dan mengangkat muzik kita kesatu arah yang mampu dipandang tinggi. mungkin mereka ni semua reti amik tahu pasal peribadi artis je. Aku cukup menyampah dengan mereka ni. Kenapa mereka tak bertanya muzik apa yang mereka cuba bawa. Kenapa mereka tak cuba ketengahkan muzik-muzik macam ni dan selami apa yang cuba mereka berikan. Dalam keadaan hari ini media boleh saja mengeluarkan cerita tentang muzik dan lirik yang mereka cipta dimajalah atau surat khabar kita boleh jadikan itu satu perbincangan agar dapat diperkembangkan dengan lebih baik melalui idea-idea bernas pihak-pihak tertentu . Sekalipun perbincangan tersebut lebih kepada memberi pendapatan. Media juga boleh saja mengadakan perjumpaan dan membuat “brainstorming”diantara pemuzik. “brainstorming” ni kira lebih kepada memberi pendapat tentang sesuatu walaupun tak masuk akal, aku tahu ni pun semasa aku di kolej, termasuk dalam subjek yang aku pelajari. Manalah tahu kalau –kalau sesuatu yang tak masuk akal tu adalah aset yang mampu memberi perkembangan yang lebih baik. Mungkin daripada itu tak adalah pandangan-pandangan serong masyarakat terhadap kumpulan-kumpulan “underground ini lagi. mungkin la.. itu pendapat aku, kalau korang ada pandangan yang lebih baik pun korang boleh berdiskusi dengan aku .. hek hek aku suka dengan perkataan berdiskusi ni. Bukankah ini sesuatu yang baik untuk disampaikan kepada masyarakat hari ni? Kalau difikirkan pun mereka mendedahkan masalah-masalah peribadi dan kehidupan seseorang artis boleh menjadikan satu ikutan kepada masyarakat zaman sekarang walaupun mereka angggap itu adalah pengajaran yang tak patut diikuti, ada ke orang nak fikir ? sudah la remaja sekarang kuat terpengaruh, suka mencuba sesuatu tanpa fikirkan akibat, bukan kah itu lebih “negatif”?. Aku menulis hanya dari pendapat aku kalau yang lain ada pendapat yang lebih baik. Boleh la berkongsi dengan aku. Aku sangat suka sebenarnya membincangkan tajuk-tajuk macam ni. Kalau sesiapa yang terbaca blog aku ni aku alu-alukan sangat untuk berkongsi pandangan dan idea. Terima kasih sebab masuk blog ni =)