Jumaat, 18 Januari 2008

Batu

Batu ... keras!!~
tidak akan peduli apa yang difikirkan manusia..
tidak akan terasa dengan kutukan manusia..
Batu.. sakit!!~
bila dilontarkan akan terasa sakit ..
berdarah..~ dia takkan terasa bersalah..
walaupun maut penyebab dia..
batu..manusia!!~
apa yang perlu diperbandingkan??
manusia faham sifat batu tetap dengan kerasnya..
tetapi batu?? fahamkah dia sifat manusia??

Selasa, 15 Januari 2008

Dengarkanlah..

Aku bukan harapkan apa2 darimu … aku mahu kau membelaiku.. aku mahu kau buat ku istimewa dalam hidupmu … aku mahu kau memahamiku .. melayan kerenah manjaku.. memujukku ketika airmataku berderai jatuh dari pipiku.. aku inginkan hangat pelukmu mendengar rintihanku.. aku mahu kau menjagaku ketika diriku tak daya lagi menjaga dirku sendiri.. bilakah akan aku rasai semua itu darimu … ini suara aku .. suara aku sebagai wanita yang penuh dengan kelembutan… inginku dengar bisik suara mu .. kelembutan suara yang memecah gegendang telingaku.. bilakah kalanya dirimu akan bergurau mesra.. memegang erat tanganku dengan perasaan yang sangat rindu.. aku kepingin merasakan semua itu…lelehan air mataku hanya mengimpikan satu nikmat jiwa yang bahagia ..inginku rasakan nyaman dan segar seakan waktu pagi di sebuah hutan yang sangat indah.. masih ku menanti semua itu darimu.. yang hanya aku rasai .. Saat air mataku mulai jatuh kepipi .. hanya terdengar tempikmu agar aku berhenti menangis… luahan hatiku tiada kau dengari dengan penuh perhatian… tiada belai darimu ketika kerenah manjaku mulai mendatang.. tiada terbit rasa sayu apabila rayuanku menyusun ditelingamu.. tanganku hanya memegang serasanya seperti kayu.. hanya kedengaran suara halus ini merayu-rayu meminta padamu .. seakan aku kelaparan hanya ingin meminta sesuap nasi tetapi tidak diberikan.. apabila aku menjerit marah.. cemburu dengan apa yang kau buat terhadap sesorang tapi aku tidak pernah rasa seistimewa itu… kau hanya berkata aku hanya pentingkan diri.. betapa dahaganya aku saat ini… mungkin ini takdir diri..namun aku bersyukur serasakan sangat bahagia walaupun sedikit kau ucapkan maaf pada diriku .. selagi aku mampu menanti semua itu akan aku nantikan walaupun hingga ketitik akhir hidupku aku masih mengimpikannya.. tetapi dengarkan lah .. dengarkanlah aku … .




kau tahu betapa peritnya aku ..
kau tahu betapa sukarnya aku..
melontar rasa amarah didalam diri ..
kau dengar la rintihan aku ..
kau dengarkanla keluh kesahku..
aku mahu kau fahami apa yang tersirat didalam diri..
tak tercapai tanganku ..
terlalu jauh sambutmu..
apakah aku yang cuba pergi ..
kakiku masih terikat disini..
dengarkanlah pasir yang berbisik..
dengarkanlah hurungan lalat dibangkai itu..
dengarkanlah desiran ombak yang membantai pantai..
kau dengarkanlah kicauan burung dilangit biru..
semua mahu berkata2 padamu..
namun kau masih tidak mempedulikan mereka..
dengarkanlah ..
dengarkanlah rayuan ini..
seperti sayup jauh untuk berbunyi..

Penat

Detik masa berganti
Entah mana perginya akal..
Berkali-kali menyekat
Apa yang cuba difikirkan ?
Lemas!!
Tercungap dada..
Sempit!!~
Dalam sedutan asap..
Hembus semula..
Hilangg??!~
Seperti tiada apa ..
Hanya untuk mengosongkan diri
Penat..
Penatnye untuk hari ini
Dipedayakan emosi
Memenangkan diri

Satu Harapan~

Majukanlah dirimu
Semangatkanlah dirimu
Kuatkanlah hatimu
Perjuangkanlah apa yang kau mahu
Aku disini hanya membantu
Memberi kau kekuatan
untuk kau berjalan
Untuk kau melangkah
Untuk kau menelusuri kehidupan yang indah …
Aku tak pernah menghalang pejuanganmu
Aku tak pernah memandang remeh
Aku cuba selami apa yang kau mahu perjuangkan
Walaupun aku sendiri tak memahaminya
Namun dengan sedaya upayaku dengan ketabahanku
Aku mahu menghadapinya bersamamu ..
Ambil la peluang yang ada..
Dengan tekad dengan usaha ..
Membentuk dirimu agar kau berjaya..
Umee mu akan tersenyum bangga..
Akan lebih rasa selesa ..
Akan lebih rasa tidak sia-sia..
Menjagamu sehingga dewasa…

Jumaat, 11 Januari 2008

Pasangan akal sudah bertemu..

Tersentak ..
Jantung ku bergetar..
Pandangan ku kabur..
Titik air mula turun ..
Emosi kambali menganggu..
Mungkinkah satu hari kan berubah..
Ya !! pasti berubah ..
Entah kenapa terpalit rasa risau ..
Tiba-tiba terasa jari-jariku menggenggam
Membakar hati yang sememangnye panas
Seawalnya aku rasa biasa..
Tiada apa yang perlu difikirkan
Bila lamanya masa
Diri ku rasa tergugat..
Kata yang membuatkan aku jadi marah..
Tergumam aku ..
Apa semua ni??
Pasangan akal sudah bertemu..
Mungkin malap wajahku ..
Selamat tinggal buat diriku..

Wahai Hamba~

keegoan yang mengeruhkan keadaan..
tiada yang dapat disangkal lagi ..
tidak mampu ciptakan sesuatu yang gembira?bahagia?
walaupun kau sendiri tahu keinginan yang terlalu besar terhadapnya..
harapan yang ingin kau puja..
mencari erti kehidupan yang berbeza..
kau masih tidak jumpa hujungnya?
mungkin jua kau tak sedar ..
mungkin kau yang lupa kepadaNya..
derita ini kau jua yang menanggungnya..
sedarlah wahai hamba..
kau hanya hamba dibumi untuk yang diatas sana!!~
mengapa kau masih buta tidak nampak jalannya??
sedangkan kau mampu melakukannya..
bangunlah wahai hamba..
kenapa kau masih tidak mengerti akan semua yang tiba?
masihkah kau mahu menerima semua yang jijik??
sedangkan bahagia dan gembira dariNya mampu kau perolehi..
namun mengapa kau masih tidak mengerti??
lekaslah wahai hamba..
jangan sampai ianya tertutup buatmu..
kerana dunia yang dipijak ini hanya sementara..
mahukah kau menjadi hamba yang lewat??
kerana lewat tiada gunanya..
ingatkanlah dirimu wahai hamba..
pastikan ianya kau lakukan dengan rela..
walau sepedih mana pun harus kau tanggungi..
kau harus tahu..
Dia Maha pengasih lagi maha menyayangi..
Dia mahu kau sedar..
Dia mahu kau mengerti..
jangan kau sombong dan ego..
kerana semua itu bukan susur jalannya..
kerana itu bukan destinasinya..
dunia ini akan sampai waktunya nanti ..
tempat diatas adalah yang kekal abadi..

Selasa, 8 Januari 2008

Pelangi

cahaya bagai tersulamkan keindahannya...
namun indahnye sementara kerana keindahan takkan kekal lama
dalam cahaya yang terang
gelap yang suram
kita terlupa akan indahnya pelangi
kite terlupa pelangikan tiba
warna-warni pelangi..
indahmu tiada terperi ..
kau menjelma tidak diduga..
tiada kusangka masanya...
bila hujan berlabuh ..
difikirkan hanya gelap yang ada..
bila cahaya tiba
difikirkan hanya sinaran yang menjelma
tetapi sebenarnya kite terlupa
disetiap garis warna yang indah
antara sinar dan suram
kau penyeri
itulah gambaran indah menanti..
jelas engkau adalah pelangi ..
pelangi yang tersirat seribu erti..

Awan

Mendung waktu ini
Berarak bagai mengerti rasa ini
Bukan lupa ..
Tapi waktu yang tak dapat diertikan lagi ..
Namun masih ku tak hilangkan
Namanya dari ingatan ini
Kerana dia mengerti diri ini
Fahami hati ini
Kini waktu ngeri berdetik kembali
Mungkin jua salahku
Mungkin aku tak pernah mengerti
Maafkan aku awan
Waktu ini amat kurasakan pedih
Tibanya kau membawa kesuraman
Membuatkan ku merasakan
Ia lebih sakit lagi...