Selasa, 30 Oktober 2007

song for this month..


I made this music playlist at MyFlashFetish.com.

hari ini esok dan seterusnya-nirina zubir

Dirimu Ruangan tehebat hatiku.


Petikan gitar dari jarimu disana

seakan kedengaran dari sini

membayangkan sesuatu yang indah

dari ruang mindamu sendiri

membayangkan sesuatu yang merdu

untuk didengari

susunan dan madah alunan bergermesik

penciptaan melodi dirimu

yang cukup dirindui

dirimu ruangan terhebat hatiku

kerana dirimu

sungguh berharga bagiku

irama, lagu dan dirimu menjadi satu..

menjadi kebanggaan dan penenang hati dikala rindu..

menganggu dihati



malam sunyi

mimpi indah pelangi

masih tercapai.

menyusur langkah

menerobos pelosok indah

nan abadi

aku tak dpt mendengar

gemersik suara esok hari

menggapai bintang yang tinggi

masih tak hadir keribaku ini

kerana hilangnya hati..

buat seketika sakitnya pula

yang tiba menganggu dihati..

tak mungkin berubah


terkelu lidah tak terucap madah

sakit dipijak hati yang duka

apa yang perlu difikirkan lagi

jika semua masih tak mungkin

merubah hati

terkedu terdiam membisu

tutur kata menikam perasaan

terpaksa ku tolak

membiarkan jauh terpendam

tak mampu melangkah pergi

namun kakiku terpaksa diangkat

meninggalkan hati

yang entah mana hilangnya

dihimpit hiba.

titisan hangat beraliran tiba..

tak tertanggung berat..

menahan derita yang maha hebatnya..

kerana dia





Jalan ini ku pilih untuk ketenangan


mencari sesuatu untuk meredakan keadaan


kerana dia juga aku lakukan


kerana dia bagiku lebih berperasaan


namun jalan itu seumpama harapan


harapan yang tak mungkin sama dengan bayangan


lain inginku lihat


lain pula yang ku dapat


sesungguhnya dia makin jauh


kerana jurang makin keroh


lebih baik bersendiri


dari menanti sesuatu yang masih lagi tak pasti


kerana ini ku sangat berkecil hati


kerana harapan yang menggunungku ini


tersangat la tinggi


kerana dia tak mungkin memahami


kerana dia masih juga tak mengerti..

cinta kasih rindu cemburu

Cinta bagaimana untuk diucapkan
dengan keikhlasan
kasih bagaimana untuk di nilai
dengan jujur
rindu bagaimana untuk diluahkan
dengan harapan
cemburu bagaimana untuk dinyatakan
dengan bahagia
aku cinta kasih rindu cemburu padanya
apakah aku mampu untuk semuanya?
apakah diajuga seperti aku?
cinta kasih rindu cemburukah dia pada aku?
tak mampu bersuara lagi
kerana dia saja yang tahu
apakah jawapan dihati..
bohong dia terbohongla aku disini
namun cinta kasih rindu cemburu ku tetap padanya..

Khamis, 27 September 2007

Gravity- Final Fantasy X (Embrace)




"Gravity"

Honey, It's been a long time coming
And I can't stop now
Such a long time running
And I can't stop now
Do you hear my heart beating
Can you hear that sound
Cause I can't help thinking
And I don't look down

And then I looked up at the sun
And I could see
Oh the way that gravity turns for you and me
And then I looked up at the sky and saw the sun
And the way that gravity pulls on everyone, on everyone

Baby, It's been a long time waiting
Such a long, long time
And I can't stop smiling
No I can't stop now
And do you hear my heart beating
Ah can you hear that sound
Cause I can't help crying
And I won't look down

And then I looked up at the sun and I could see
Oh the way that gravity turns on you and me
And then I looked up at the sun and saw the sky
And the way that gravity pulls on you and I, on you and I

Can you hear my heart beating
Can you hear that sound
Cause I can't help crying
And I wont look down

Ikhlas..


Dingin salju pagi ini
Mencengkam kerinduan
Yang tak bertepi
Seakan beribu tahun tidak bersua
Sedangkan semalam baru bertemu muka
Perit hati menggamit luka
Kerana ku tahu bukan milikku
Walau ku tahu hatimu sama dengan hatiku
Ku mohon pada yang esa
Bukakan la hatinya
Menerima seikhlasnya
dan yang mampu
mengubat hati nan terluka

Satu Waktu Nanti


Dia ku sayangi
Walau apa pun yang terjadi
Dia tetap raja di hati
Tak keruan rasa waktu ini
Kerana diganggu resah hati
Yang menggodak seluruh jiwa ini
Percayai aku..
Kerana dia ku damba
Paling agung dalam jiwa yang kosong
Ku tetap menanti menjaga takhta yang tersedia
Untuk dia walau semuanya
Mampu melukakan hati ini
Untuk satu waktu nanti..

Lewat Ungkapan Suara


Malam kurasakan sunyi
Tanpa suara yang singgah ditelinga
Menghangatkan lagi kerinduan
Yang bergetar dijiwa
Pilu dingin angin
Yang melangkah mindaku
Tak tersusun nada cipta benakku
Akan ku tunggu
Hingga terbit mentari jingga
Mengusung rindu pilu didada jiwa
Meskipun lewat ungkapan suara

Menggores Senyuman Luka


Nun jauh aku mengabdikan cintanya..
Menggores senyuman luka
Walau terpaksa menahan peritnya
Aku tersasar jauh
Menyimpang jalan
Yang tak tahu benarkah laluannya
Takungan air..menitis membasahi
Gebu pipi nan indah
Kerana jiwa ini
Masih terperangkap
Lubuk hati disana..
Mampukah dia..
Membawa lari hati itu..
Dengan penuh bahagianya
Atau hanya mampu mencampakkan
Saja jiwa itu
Biar ditelan ulat
Yang menjamah sisa
Keperitan luka..
Namun kesabaran
Menanti jawapan masih lagi
Teguh didada ini
Semata-mata mencari kabahagiaan
Walaupun terpaksa menanti
Hingga jasad menjadi tanah…

Meskikah Aku Bebananmu


Bila hati gusar
Malap pun datang menyinggah
Menyelongkar pedihnya jiwa
Menghitamkan pekat malam
Yang tadi terang indah
Meskikah aku bebananmu
Yang sukar
Tuk meletakkan
Junjungan takhta
Yang paling atas
Kuredha jika masih punyai jalan
Kuserahkan hanya padanya
Moga ku dapat kurasakan manisnya bahagia.

Cebisan Bahagia



Tiada yang terbaik dihati ini

selain bayangan wajahmu

Tiada yang terindah kurasakan

selain melihat senyummu

Tiada yang hangat kuinginkan

selain sentuhanmu

Tiada yang mampu diciptakan

selain dirimu disisiku

kerana itulah

semangatku terus bangkit

untuk melangkah

dengan tabah agar

cebisan bahagia

menjadi milikku selamanya..

Rabu, 26 September 2007

Buatmu Yang Menyayangi ..



Langit terang
Seakan ingin ku terbangkan
Hati ini kesana
Bila mendung datang
Kau bawa cahaya indah
Tiada tandingan cantik yang kudamba
Seakan melindungi dari bahaya yang tiba
Kucuba kejarinya
Namun masih belum ku miliki
Sabarku menanti buatmu yang menyayangi

Selasa, 21 Ogos 2007

Tiada


Tiada yang dapat kuungkapkan
selain cinta kepadamu
Tiada yang indah dapat digambarkan
selain kenangan bersamamu
Tiada yang tenang dapat diciptakan
selain senyumanmu
Tiada..
Tiada lain selain memilikimu
Sesunggunya sayangku ini tiada penghujungnya
Kerana cinta padamu terlalu bermakna bagi diriku..

Pedulikah bintang itu?


Adakah aku mengejar sesuatu yang tak pasti?
Mengejar bintang yang tak pernah mempedulikan diriku ini?
Menganggap aku tidak wujud sedangkan setiap hari aku cuba kejari..
Hati ini terlalu kecil ..
Tidak layak nak dibandingkan dengan bintang sebesarmu..
Hatiku sayu ..
Bila mana ini hasil yang ku terima dari usaha
Mengejar bintang yang tak pernah mempedulikanku
..

Kuharap agar dia mengerti


Terasa pedih menahan rindu dihati
seakan mengharap pelukan angin
seakan mengharap genggaman air..
walau tidak dapat dirasa
terlalu indah jika memiliki
kupohon agar ku perolehi ..
ku harap agar dia mengerti

Saatku tersenyum bagai waktu dulu..


Hati tak keruan
bila rindu menganggu perasaan
Tak tentu arah
Walau fikiran memujuk Jiwa
Bila ianya akan reda?
Masihku tak tahu jua
Bertahan menarik nafas
Memadamkan sebuah penantian kata
Yang masih tak kunjung tiba
Meskikah aku terbang mencarinya
Ataupun membiarkan sengsara ini
Menghambat jiwa?
Apakah yang harusku lakukan saat ini
Untukku kembali ceria?
Adakah dia mengerti tentang rasa ini?
Moga dia ketahui ..
Jauh didalam benak ini
ku selalu memikirkan dia
selalu merindui dia
Ku harapkan darinya
Keajaiban yang berlaku
Saatku tersenyum bagai waktu dulu..

Tiba dengan sempurna


Jalan susur berduri
Harus ku tempoh hingga akhirny a
Walau ia pedih
Walau luka bercalar
Namun mahu ku pastikan jua
Ia berakhir penuh bahagia
Sabarla hati ini..
Agar jiwa peroleh
Apa yang telah diusahakan
Moga pintu itu terbuka Kebahagiaan kan tiba dengan sempurna …

saat ini


Saat ini aku gembira ..
Kau disini membawa ceria ku dulu yang hilang
Namun aku tahu..
Pahit dulu akan datang jua kerana
Bahagia ini hanya sekadar singgahan Cuma
ku tetap mahukan walaupun ianya sebentar
Aku tak tahu..
Apakah yang harus aku lakukan lagi
Kenapa kau terlalu aku sayangi..
Mungkin dulu walaupun aku cuba meninggalkanmu
Aku masih berpeluang melakukannya..
Namun waktu ini
sesiapa jua yang memaksa
Aku takkan berganjak walau setapak
Kerana aku dan kau saja
Yang tahu apa yang berlaku waktu ini..

Bangunkan aku bintang,,

Rasa nak pecah jantung
Serabut otak
Hancur hati
Sinar yang memamah segala urat sendi
Menggapai bintang yang tak pernah sampai
Kamukah bintang itu?
Bantulah aku..
Fahami isi hatiku ..
Manusiakah aku?
Atau benda yang tak mampu
Merasakan perasaanya sendiri
Kuharapkan bintang .
Bintang yang bersinar
Seterang kamu..
Bangunkan aku bintang
Sedarkanaku dari mimpi ngeri
Hatiku sudah bersepah
Entah kemana pergi..
Dipijak seperti sampah
Dihina bagai anjing
Aku harapkan bintang itu
Pulanglah padaku
Aku mengharapkan kamu..
Aku perlukan kamu...

Dirimu


Gemersik Indah suaramu


Mencengkam Jiwa ..


Cahaya terang matamu


Menambat sanubariku..


Senyuman Listrikmu


Mengukir kesejukan dihati..


Namun ku tak bisa perolehinya


Kerana ia bukan milikku lagi


Inginku merayu ..


Tetapi ketetapan hatimu


Masih menolak diriku ini


Apa yang kurang pada diriku ini?


Aku terlalu menyayangimu


Walau kau tak pernah menyayangiku...

Rabu, 30 Mei 2007

When You're Gone-The Cranberries


Hold on to love
That is what I do
Now that I've found you
And from above
Everything's stinking
They're not around you
And in the night
I could be helpless
I could be lonely, sleeping without
And in the day, everything's complex
There's nothing simple when I'm not around you
But I miss you when you're gone
That is what I do
Hey baby
It's hard to carry on
That is what I do
Hey baby...
Hold on to my hands
I feel I'm sinking
Sinking without you
And to my mind
Everything's stinking
Stinking without you
And in the night I could be helpless
I could be lonely, slipping without you
And in the day, everything's complex
There's nothing simple
When I'm not around you
I miss you when you're gone
That is what I do
Hey baby
It's hard to carry on
That is what I do
Hey baby...

Yakini aku..


Ingin ku selinap kasih sayangmu
Inginku telusuri kejujuranmu
Namun masih ku curiga keikhlasan hatimu
Benarkah aku yang kau cinta?
Atau helahmu semata-mata
Kucuba yakini hati ini
Aku yang kau perlukan disisi
Masih ku curiga jua jikalau iras wajahku
Hanya pengganti kasih dihati
Ku nantikan keutuhan hatimu
Agar aku perolehi kebahagiaan bersamamu disini
Hingga akhir hayatku nanti..

Mampukah aku tanpa membawanya?


Ku bina Istana hati dibibir pantai


Namun aku terlupa bile ombak datang


Menghempas pantai istana kuhancur dibawa arus


Kulihat ianya pergi dengan keperitan yang teramat


Mencengkam jiwa yang tak berkesudahan


Mampukah aku pergi tanpa membawanya


Kerana ia terlalu bermakna


Tiada lagi kekuatan yang dapat mengiringi


Aku mahukan ianya agar terbina


Mahligai yang tak mungkin akan tercipta semula

Kenapa Ku Pilih Jalan itu?


Walau dekat tapi ku rasakan jauh

Bila jauh ku rasakan ianya terlalu jauh..

Bodohkah aku memilih jalan itu?

Seksa untuk melangkah namun masih
ingin ku tempuh jalan berliku..
Kenapa aku terlalu seksa?
Sedangkan ianya terlalu dekat untuk aku mengakhirinya..
Aku hanya mampu berdoa agar
jalan ku tempoh akan peroleh cahaya yang bersinar..
kerana cahaya egois itu masih ku dambakan
masih inginku miliki..

Merawat Rindu...

Kerinduan dipagi yang dingin
mencengkam jiwa yang tenang

melakar hari yang indah
untuk kenangan yang abadi
ku susun setiap langkah
untuk ku fahami isi hatinya
tentangnya menusuk kedamaian minda
merawat rindu didada..
hingga jasad ini ..
bercampur tanah ..
kerana itu asalnya..

Bukan Hari Yang Baik Bagi Diriku..


Serabutnya ruang kepala

Ngilunya dada hati

Semputnya rongga nafas

Sehingga keluar titisan air dikelopak punca

Semuanya memberi makna keseluruhan

Bahawa hari ini bukan hari yang baik bagi diriku

Berikan aku kekuatan .

Agar ada yang mengukirkan keindahan

Walaupun ianya palsu ...

Adakah kamu seperti itu?


Angin adakalnya dingin
Adakalnya menyucuk hingga ke tulang hitam
Adakala angin itu membawa bahang
yang terasa panasnya kulit hingga membakar
Walau hakikatnya nyaman
Tapi adakala ianya tak menentu
Adakala angin tiada arah tuju
Setiap musim ianya akan berubah
Adakah kamu seperti itu?
Adakalanya baik adakalanya tidak pula
Seksanya penantian itu
Tetapi aku masih tabah
Kamu aku rindukan
Tanpa rasa bosan
Kerana aku tahu diriku
Aku berserah hanya padanya
Agar aku perolehi dirimu yang sentiasa menyayangi
Biar lama mana kunanti
Seksa atau derita ini kutelan
Walau ianya pahit..

Isnin, 23 April 2007

Portishead-Only you (luv)



Only You

We suffer everyday,
What is it for,
These crimes of illusion
Are fooling us all,
And now i am weary,
And i feel like i do.

It's only you,
Who can tell me apart,
And it's only you,
Who can turn my wooden heart.

The size of our fight,
It's just a dream,
We've crushed everything,
I can see, in this morning selfishly,
How we've failed,
And i feel like i do.

It's only you,
Who can tell me apart,
And it's only you,
Who can turn my wooden heart.

Now that we've chosen to take all we can,
This shade of autumn, a stale bitter end,
Years of frustration lay down side by side.

And it's only you,
Who can tell me apart,
And it's only you,
Who can turn my wooden heart.

It's only you,
Who can tell me apart,
And it's only you,
Who can turn my wooden heart.

Don't Know Why..



Don't Know why..

I waited 'til I saw the sun
I don't know why I didn't come
I left you by the house of fun
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come

When I saw the break of day
I wished that I could fly away
Instead of kneeling in the sand
Catching teardrops in my hand

My heart is drenched in wine
You'll be on my mind forever

Out across the endless sea
I would die in ecstasy
But I'll be a bag of bones
Driving down the road alone

My heart is drenched in wine
You'll be on my mind forever

Something has to make you run
I don't know why I didn't come
I feel as empty as a drum
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come

Thinking About You..(for u luv)



Artist: Norah Jones Lyrics

Yesterday I saw the sun shinin',
And the leaves were fallin' down softly,
My cold hands needed a warm, warm touch,
And I was thinkin' about you.

Here I am lookin' for signs of leaving,
You hold my hand, but do you really need me?
I guess it's time for me to let you go,
And I've been thinkin' about you,
I've been thinkin' about you.

When you sail across the ocean waters,
And you reach the other side safely,
Could you smile a little smile for me?
'cause I'll be thinkin' about you,
I'll be thinkin' about you,
I'll be thinkin' about you,
I'll be thinkin' about you.

Wahai orang yang memperbodohkan diriku...




saat ku rasakan bodoh ..


bodoh menerima apa yang bodoh bagi aku...


sanggup terima sakit dan pedih..


sanggup di pijak dan di pandang hina..


tetapi aku sedar kebodohan yang tak mampu aku lepaskan..


walaupun kebodohan yang mampu menjatuh kan diri aku ..


maruah aku...


pandangan hina dari orang yang menganggap aku bodoh...


pandangan orang yang hanya memandang sebelah mata ..


mahupun tanpa mata..buta..


ketawakan aku adalah orang yang memperbodohkan aku..


mempermainkan perasaan aku adalah permainan orang yang memperbodohkan aku..


kadangkala perasaan orang yang membodohkan aku terlalu berimaginasikan hal yang semuanya bodoh bagi aku..


kadangkala orang yang memperbodohkan aku menyayangi aku


kadangkala menyakitkan aku..


mengagap perasaan aku tiada maknanya..


menganggap perasaan aku adakalanya menenteramkan jiwanya...


tiada makna hati aku pada orang yang memperbodohkan aku...


benarkah hati aku hanya mainan yang boleh di pijak, dibaling dan disayang?


sampai bila kebodohan aku akan berakhir?


sampai bila orang yang memperbodohkan aku akan sedar diri?


namun orang yang memperbodohkan aku itu terlalu aku sayangi..


sampai bila aku harus berdiam diri..


merelakan perasaan bodoh ini menjadi permainan orang yang memperbodohkan aku?


tidak layakkah aku menerima sayang yang tulus dari orang yang memperbodohkan aku?


adakah itu yang memberi ajaran pada diriku?


untuk terus bersabar..


untuk terus memujuk hati aku..


untuk terus merawat luka yang berparut hitam..


untuk terus mendapatkan sesuatu dari nya..


untuk terus mengangungkan perbuatannya..


untuk terus aku miliki ...


dari sesuatu yang tak mungkin aku perolehi daripada orang yang memperbodohkan aku...


hargailah perasaan ini...


wahai orang yang memperbodohkan diriku..


kerana kebodohan akulah aku terlalu mengharapkanmu...


sampai mati hidupku ini...








Milikku Jua


Ku tangkap sinar yang redup
Ku pegang bahang yang dingin
Ku simpan angin yang indah
ku peluk air yang cantik
agar ku perolehi jiwa yang tenang
walau ku tak nampak apa yang ku harap
kau ilustrasi sukma
maya yang ku gapai milikku jua..

Makin


Bangun Dari lena ..
Kau beri madah yang bermakna
Hatiku berbunga ceria
Makin tak terurai kuntuman rindu dari tangkainya
Makin teguh akar cintanya didada jiwa
Makin tercipta mimpi terindah diruang maya angkasa minda
Makin…
Dan makin itulah membuat kau terus disisi..