Selasa, 21 Ogos 2007

Tiada


Tiada yang dapat kuungkapkan
selain cinta kepadamu
Tiada yang indah dapat digambarkan
selain kenangan bersamamu
Tiada yang tenang dapat diciptakan
selain senyumanmu
Tiada..
Tiada lain selain memilikimu
Sesunggunya sayangku ini tiada penghujungnya
Kerana cinta padamu terlalu bermakna bagi diriku..

Pedulikah bintang itu?


Adakah aku mengejar sesuatu yang tak pasti?
Mengejar bintang yang tak pernah mempedulikan diriku ini?
Menganggap aku tidak wujud sedangkan setiap hari aku cuba kejari..
Hati ini terlalu kecil ..
Tidak layak nak dibandingkan dengan bintang sebesarmu..
Hatiku sayu ..
Bila mana ini hasil yang ku terima dari usaha
Mengejar bintang yang tak pernah mempedulikanku
..

Kuharap agar dia mengerti


Terasa pedih menahan rindu dihati
seakan mengharap pelukan angin
seakan mengharap genggaman air..
walau tidak dapat dirasa
terlalu indah jika memiliki
kupohon agar ku perolehi ..
ku harap agar dia mengerti

Saatku tersenyum bagai waktu dulu..


Hati tak keruan
bila rindu menganggu perasaan
Tak tentu arah
Walau fikiran memujuk Jiwa
Bila ianya akan reda?
Masihku tak tahu jua
Bertahan menarik nafas
Memadamkan sebuah penantian kata
Yang masih tak kunjung tiba
Meskikah aku terbang mencarinya
Ataupun membiarkan sengsara ini
Menghambat jiwa?
Apakah yang harusku lakukan saat ini
Untukku kembali ceria?
Adakah dia mengerti tentang rasa ini?
Moga dia ketahui ..
Jauh didalam benak ini
ku selalu memikirkan dia
selalu merindui dia
Ku harapkan darinya
Keajaiban yang berlaku
Saatku tersenyum bagai waktu dulu..

Tiba dengan sempurna


Jalan susur berduri
Harus ku tempoh hingga akhirny a
Walau ia pedih
Walau luka bercalar
Namun mahu ku pastikan jua
Ia berakhir penuh bahagia
Sabarla hati ini..
Agar jiwa peroleh
Apa yang telah diusahakan
Moga pintu itu terbuka Kebahagiaan kan tiba dengan sempurna …

saat ini


Saat ini aku gembira ..
Kau disini membawa ceria ku dulu yang hilang
Namun aku tahu..
Pahit dulu akan datang jua kerana
Bahagia ini hanya sekadar singgahan Cuma
ku tetap mahukan walaupun ianya sebentar
Aku tak tahu..
Apakah yang harus aku lakukan lagi
Kenapa kau terlalu aku sayangi..
Mungkin dulu walaupun aku cuba meninggalkanmu
Aku masih berpeluang melakukannya..
Namun waktu ini
sesiapa jua yang memaksa
Aku takkan berganjak walau setapak
Kerana aku dan kau saja
Yang tahu apa yang berlaku waktu ini..

Bangunkan aku bintang,,

Rasa nak pecah jantung
Serabut otak
Hancur hati
Sinar yang memamah segala urat sendi
Menggapai bintang yang tak pernah sampai
Kamukah bintang itu?
Bantulah aku..
Fahami isi hatiku ..
Manusiakah aku?
Atau benda yang tak mampu
Merasakan perasaanya sendiri
Kuharapkan bintang .
Bintang yang bersinar
Seterang kamu..
Bangunkan aku bintang
Sedarkanaku dari mimpi ngeri
Hatiku sudah bersepah
Entah kemana pergi..
Dipijak seperti sampah
Dihina bagai anjing
Aku harapkan bintang itu
Pulanglah padaku
Aku mengharapkan kamu..
Aku perlukan kamu...

Dirimu


Gemersik Indah suaramu


Mencengkam Jiwa ..


Cahaya terang matamu


Menambat sanubariku..


Senyuman Listrikmu


Mengukir kesejukan dihati..


Namun ku tak bisa perolehinya


Kerana ia bukan milikku lagi


Inginku merayu ..


Tetapi ketetapan hatimu


Masih menolak diriku ini


Apa yang kurang pada diriku ini?


Aku terlalu menyayangimu


Walau kau tak pernah menyayangiku...