Khamis, 27 Mac 2008

Abah bagi balik tangan ita...

Ibubapa zaman ini terlalu kejamkah? aku tak faham apa yang sebenarnya berlaku.
mengapa ibubapa zaman ini sanggup mendera, memukul tanpa rasa belas..
hati aku terlalu sedih dengan kisah yang terlalu banyak aku dengar sebelum ini..
apa salah mereka sedangkan mereka belum banyak tahu tentang kehidupan, masih mahu belajar dan mahu membina daya kreativiti mereka untuk terus melangkah ke alam dewasa..
aku terima satu email.. terlalu sedih... aku tak tahu benar atau tidak cerita ini. Jika benar cerita ini, jadikanlah ia pengajaran dan jika tidak benar anggaplah cerita ini sebagai satu keadaan agar mampu berfikir secara rasional supaya kita tidak melakukan sesuatu dengan tindakan yang melampaui batas..

"Sepasang suami isteri ,seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terusmengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana bengkak yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

apakah manusia yang digelar ibubapa sanggup membiarkan anak mereka seperti itu?
puaskan hati semata-mata kerana rosaknya sesuatu barang sehingga sanggup melihat anak mereka kesakitan?
apakah nilai barang sama dengan anggota badan seseorang anak itu sama?
atau lebih penting nilai sesuatu barang yang dibeli daripada anaknya sendiri?
renungkanlah..

Tiada yang harus menyerah dalam perjuangan cinta..

Disepanjang perjalanan hidup kita. Kite pasti tidak akan tahu apa yang berlaku akan datang.
Dimana kita dan bagaimana kita lakukan untuk hidup kita akan datang. Kita hanya merancang
sesuatu yang terbaik untuk diri kita namun pastinya kita tidak akan tahu terbaikkah yang akan berlaku dengan apa yang kita rancangkan dan kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi dan apa yang kita miliki nanti.
Kerjaya, keselesaan dan cinta adalah 3 perkara yang berkait rapat dalam hidup kita. kita biasanya akan memperjuangkan 3 perkara ini untuk ianya menjadi nyata dalam kehidupan kita, tetapi sejauh manakah kita mampu menghadapinya? mampukah kita menerima apa yang bakal berlaku untuk 3 perkara yang kita usahakan ini? semuanya terletak pada diri kita.

Didalam 3 perkara itu kebanyakan manusia pada hari ini ingin memiliki cinta, cinta yang bahagia. pastinya.. untuk memilikinya, kekuatan, ketabahan dan juga pemikiran adalah satu aset yang mampu membantu kita mendapatkan cinta yang indah dan bahagia, benarkah?
benarkah semua itu mampu membantu kita melangkah kesatu arah yang lebih baik?
ada juga manusia hari ini mempertikaikan cintanya dalam kehidupan.

Dengan anugerah yang Allah kurniakan cinta itu pasti hadir dalam setiap kehidupan manusia didunia ini. Cinta mampu memberi kita pengalaman dan mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang itu matang. Kita juga harus ingat cinta juga boleh merosakkan, dan cinta juga mampu membunuh perasaan manusia namun terpulang pada sesuatu individu itu untuk memberi persepsi dimana harus diletakkan cintanya dalam kehidupan.

Aku teringat kata-kata Angah "cinta itu mudah. kamu senang bersama. kamu boleh berbicara apa sahaja. kamu menerima seadanya..". Ya! memang benar cinta itu mudah. Aku bersetuju dengan pendapat itu. Manusia tak seharusnya memegang cinta dan menjadikan ia beban dan akhirnya manusia itu menyalahkan cinta itu juga akhirnya. Cinta itu tidak salah yang salah adalah kita. Kita seharusnya menguasai cinta bukan cinta menguasai diri kita.

kata Angah:"cinta sepatutnya bukan satu benda yg pressure, tekanan, dia sepatutnya indah, gembira,bebas.

Ya.. hakikatnya perasaan kita pada cinta seharusnya akan jadi seperti itu. Mengapa kita terlalu berat, sakit dengan rasa cinta?

Aku juga percaya "komunikasi adalah cara paling tepat untuk memahami seseorang. Komunikasi akan jadi lebih indah tanpa kata-kata kasar, perlu bijak tanpa berpura-pura, bebas tanpa berselindung, selalu ingin tahu dan belajar antara satu sama lain."Itu kata-kata Shakespeare.

Aku mengaku, aku masih tidak mampu meperolehi semua itu. Mungkin aku seharusnya melupakan cinta yang memberatkan dan aku percaya kekuatan dan ketabahan yang mampu membimbing kita ke arah yang lebih bermakna.

Kehidupan terlalu banyak asam garamnya. kehidupan kita terlalu banyak liku-liku hidup. Kekuatan kita yang mampu membantu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Kapal Kertas adalah satu filem pendek menggambarkan tentang kehidupan bagi aku. Bagaimana kita seharusnya sedar tentang ini.. tontonlah filem ini. Filem ini mampu memberi kita sesuatu yang bermakna kerana filem ini berkait rapat dalam kehidupan kita...





Tiada Yang Harus Menyerah Dalam..

Perjuangan Cinta..

Biarpun Yang Datang ...

Merakus Meratah..

Jiwaku dan Jiwamu...

by Hadi

Rabu, 26 Mac 2008

Laaa..

semalam aku pergi mengisi minyak disebuah stesen minyak yang berdekatan dengan ofis aku.

pada mulanya aku rasa malas dan hanya mahu mengisi minyak dalam perjalanan aku untuk mengambil bono.. tapi bila aku fikir masa terlalu banyak dibuang untuk menyinggah.. lebih baik aku isi minyak dan membeli rokok sekali.. takdela buang masa.
sesampainya aku distesen minyak aku terpaksa beratur disebabkan terlalu banyak kereta yang mahu mengisi minyak..

"Adeh~ kene beratur la pulak"

aku cukup geram kalau ada yang suka memotong barisan sedangkan dia nampak aku dah beratur dulu.

ayu! berbaju kurung memakai tudung. dengan selambanya dia menghimpit aku untuk membayar minyak depan aku.

tak tahu malu ke minah ni! aku apa lagi terus menghimpit dia semula dan terus membayar minyak aku dikaunter. pergi mampus la perempuan macam ni nampak jerk baik takde sopan langsung!!

seterusnya aku mula melangkah pergi ke "7-eleven". aku memakir kenderaan aku di depan kedai itu. aku perasan ada yang memakir kenderaannya dibelakang kereta ku. pada waktu itu manusia dikereta belakang ku serentak membuka pintu untuk melangkah ke "7-eleven"

Jantung aku bergetar.. apabila manusia itu bertembung mata denganku.

"pergh! cantiknya perempuan ni" dalam hatiku. kalau ikutkan sifat keperempuananku jarang sekali aku menyatakan perempuan lain itu cantik. Bukan aku cemburu tapi hakikatnya kalau tak cantik memang tak cantikla dari pandanganku. dia mengikut langkahku dari belakang menuju kepintu. aku terus pergi kekaunter untuk membeli sekotak rokok.

"perempuan ini juga mahu membeli rokok agaknya" kata hatiku.

"akak bagi saya winston light 14"

"winston light 14 tadela dah habis."

"ok la bagi saya winston merah"

"rm4.90"

"Terima kasih"

terus aku menoleh pada perempuan itu dan mula mengatur langkah.

"akak bagi saya dunhill mentol"

berkerut kening aku dan langkah hampir terhenti, suara siapa yang aku dengar tadi? setahu aku yang dibelakang aku tadi perempuan. punyala lembab kepala otak aku..

rupa-rupanya dia jantan.

"adeh~"

aku terus melangkah menuju ke kereta sambil menjeling kereta yang menhalang keretaku rupanya kawan dalam kereta dia adalah manusia sejenis nya juga. bukan aku tak biasa semua tu tapi jantan tuh sebiji rupa gadis yang rupawan. berbanding kawannya yang sedang menunggu didalam kereta.

"hampeh, baru puji rupanya jantan"

apa la nak jadi dunia ni ..
yang ayu bertudung berbaju kurung tak sopan..
yang cantik rupawan rupanya jantan..
humm..

Selasa, 25 Mac 2008

Linger


music player
*I want to be remembered
as the girl who smiles
even though her heart is broken
and the one who can always brighten her own..
*Im sick of the loneliness
im sick of the sadness
When will it over..
*Have u ever been hurt and the place
tries to heal a bit, and you just pull the scar off
of it over and over again..
*I never knew until that
moment how bad it
could hurt to lose something
you never really had
*I try to fix it
i guess i didn't
try hard enough
*I Thought i was your everything
i guess i wasn't enough..

Isnin, 24 Mac 2008

Kepalsuan.

Aku tersenyum hanya kepalsuan
aku gembira hanya kepalsuan
dan keindahan yang aku cipta hanya kepalsuan
kehidupan ini hanya palsu belaka
hanya yang benar adalah usaha
untuk menjadikan kepalsuan itu satu kebenaran..

Jumaat, 21 Mac 2008

Manusia yang mementingkan diri sendiri..

Disini aku tak nak bercakap tentang sesiapa. Aku cuma ingin tahu apakah setiap manusia sedar akan pelakuannya? apakah manusia sedar pelakuan itu menyakiti manusia lain? mungkin setiap manusia ada kesabarannya sendiri. sedangkan limit kesabaran terlalu terbatas bagi setiap manusia. Setiap manusia juga tahu tahap kesabarannya dimana.

Aku terima panggilan dari kawan aku . Dia meluahkan segala kemarahannya pada aku. Aku terima, kerana aku tahu dia bukan marah pada aku, cuma dia nak luahkan perasaan dia pada aku. Bukan dia tak mahu telefon manusia itu sendiri tetapi dia sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi pada manusia ini, lebih mudah untuk dikatakan manusia ini tiada perasaan nak marah pada dia tak guna buat sakit hati saja , boleh jadi gila, kalau dia bercakap dan luahkan pada aku sekurang-kurangnya kemarahan dia boleh reda. Kadang-kadang aku terfikir kenapa seseorang manusia jenis ini tak pernah nak hargai perngorbanan yang bagi aku terlalu besar untuk manusia lain. Kenapa dia terlalu pentingkan diri sendiri?

Aku tahu setiap manusia ada bakat mereka sendiri. Apa sebenarnya yang manusia ini cari sehingga menyebabkan manusia yang lain terlalu marah dan sakit hati dengan manusia seperti ini. Manusia ini dikiranya terlalu berbakat, sekiranya sikap yang terlalu pentingkan diri ini terlalu sukar untuk dikikis apa yang boleh manusia ini perolehi dari perlakuan yang bagi sesetengah manusia lain memandang jijik dengan perkara yang dilakukan?
Aku pula yang menjadi geram dengan apa yang sedang dibicarakan.

Manusia seperti ini yang pasti, aku lihat dirinya terlalu ego, telalu mementingkan diri dengan harapan apa yang dicari akan dia temui. Tak pentingkah perasaan manusia lain dalam diri dia? membuat perasaan benci hadir dalam manusia lain dan apakah ini yang dia inginkan selama ini?
Apakah rasa tolenrasi dan belas kasihan pada manusia lain sudah tidak wujud dalam jiwa dan pemikiran manusia yang dibenci. Aku tak sangka masih ada lagi dalam hidup aku wujud manusia yang tak pernah rasa kasihan, manusia yang tak pernah menghargai pengorbanan manusia lain yang terlalu membuang masa mencipta sebuah realiti untuk hidup dia , dan masih ada juga manusia yang tak pernah ada sikit pun perasaan kasih atau sayang (bukanlah cinta macam sepasang kekasih) kepada sahabatnya sedangkan sahabatnya terlalu mahu dia maju dalam hidupnya..

Manusia seperti ini memang tiada rasa sayang dan hanya tahu hatinya, jiwanya, pemikirannya, jalannya sahaja tanpa mempedulikan manusia lain yang ada disekelilingnya.. Bukanlah aku bermaksud untuk menghina atau membenci manusia ini.. apakah ini tergolong dalam salah satu manusia tipikal yang selama ini aku dengar? Jika benar manusia ini tidak suka manusia lain hadir dan masuk campur dalam urusan hariannya, kenapa manusia yang aku fikirkan ini tidak pernah mengelak atau bercakap sesuatu agar orang lain tidak merasa sakit hati? terus-terang itu bukankah penting agar manusia lain tidak tersinggung dengan perlakuan yang ditunjukkan? Apakah sifat berdiam diri dan membiarkan sesuatu keadaan itu berlaku, baik atau buruk pun ia terjadi adalah satu sifat yang mulia?

Manusia ini seharusnya sedar jika itu prinsip hidup dia lebih baik dia hidup didalam hutan yang mana apa-apa keadaan sekalipun tak akan menganggu hidupnya dalam melakukan apa-apa. Tak perlulah menyusahkan orang lain dan beranggapan hanya dia seorang sahaja yang mempunyai hati jiwa dan pemikiran..

Sedarlah manusia ini, dalam kehidupan, kita memerlukan antara satu sama lain. Bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Entah berapa ramai yang telah terluka dek sifat manusia yang tak pernah memikirkan hati manusia lain.. Jika benar apa yang dirinya fikir itu hebat, apa yang difikirkan itu tak sama dengan pemikiran orang lain, mengapa manusia lain perlu menanggung satu tanggungjawab yang berat sedangkan perkara itu wujud dari diri dia sendiri? manusia yang memegang tanggungjawab itu adalah orang yang aku rasa sangat tolenransi .. Manusia ini aku fikirkan adalah manusia yang menganggap tanggungjawab yang dipikul seperti tanggungjawab dia sebab tangungjawab itu melibatkan manusia lain juga.

Mengapa manusia yang aku sangkakan sangat bijak,menganggap pemikiran manusia lain kolot, menganggap pemikiran manusia lain yang tipikal kononnya dan memikirkan pemikirannya saja yang benar, tidak mahu menanggung tanggungjawab? sedangkan dia yang mencipta keadaan dan sesuatu perkara itu sendiri..
fikirkanlah..
Jangan terlalu memikirkan diri sendiri sehingga manusia lain tidak pernah merasa senang dengan perlakuan yang kamu tunjukkan..
Dan Ingatlah dalam hidup ini bukan manusia saja yang tidak suka pada manusia yang mementingkan diri sendiri, Allah juga tidak menyukai dengan manusia yang bersifat seperti ini..
wallahualam

Caramu yang tersendiri

aku bertahan seperti hari biasa..
mendengar suara hambar ..
yang bukan indah menusup ketelinga..
menentang keegoan..
keegoan yang tak ingin aku hadap..
dunia ini seperti biasa ..
berputar dan berputar..
hingga sampai satu destinasi ..
yang caranya lain..
namun keadaaannya sama..
bila malam tiba..
bulan menebarkan cahaya..
menari-nari aku dibawah cahayanya..
walaupun situasi dan keindahannya berbeza..
sama jugalah dengan kedinginan pagi..
menyapa kekulit ..
dalam caranya yang berbeza..
hadapilah ia dengan sejuta rasa..
pasti setiap manusia akan memiliki rasa itu..
Cinta padaNya akan kekal ..
hingga hancur menjadi tanah..
dan Engkaulah yang berkuasa mentadbir seluruh alam..
dengan caramu yang tersendiri..

Rabu, 19 Mac 2008

Menjadi Keraguan

Waktu ini manusia tidak lagi punyai rasa belas. Belas kasihan terhadap semua aspek kehidupan, samada sesama manusia, alam sekitar, haiwan atau apa saja. Kekejaman berlaku tidak kira waktu. Menindas, meremukkan segala yang asalnya perlukan sesuatu untuk dilindungi.

Dimana sifat belas yang seharusnya ada pada manusia??
Mengheret kesatu bentuk penyeksaan yang terlalu banyak sudut untuk dijelaskan.
Apakah manusia hari ini perlukan kekejaman, kezaliman??
Untuk memuaskan nafsu??
Mahu menang dengan segala tindak tanduk mereka??
Mereka hanya tahu diri mereka benar,tanpa merasa ianya akan lebih menyeksakan yang lain.
Lihat sahaja negara barat menjajah negara lain hanya memikirkan tentang keuntungan.
Hanya kerana apa??
Minyak??
Gas asli??
atau sesuatu yang harus direbutkan sedangkan itu bukanlah hak milik mereka.
Bukan itu sahaja mereka lakukan demi perasaan marah mereka yang terlalu tebal untuk dikikis. Sanggup berbunuhan, sanggup menyeksa manusia lain. Berbirat kelukaan yang sangat memedihkan, disulami rayuan dengan harapan semua itu dihentikan, puncanya hanya kerana mereka menolak segala yang mereka nyatakan.




Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku. (Gambar kedua kiri) Sebuah perkuburan beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.-Harun Yahya
Apakah ini satu sudut kekejaman yang hanya dapat dilihat??
bagaimana pula satu sudut yang kita dapat lihat tetapi masih samar dengan caranya??
Alam sekitar yang mereka musnahkan. Menipiskan ozon bumi. Menebang rimbunan yang sebenarnya memberi kedamaian pada manusia sejagat.
Kekejaman jenis apa pula yang kita fikirkan ini??
Disebabkan perasaan belas itu sudah tiada dalam diri manusia. Semua itu dilakukan hanya disebabkan ketamakan manusia itu sendiri.












POLUSI – Kontribusi polusi di kota Jakarta,
80 persen disebabkan oleh gas buang (emisi)
kendaraan bermotor. Di kemacetan seperti ini,
tingkat pencemaran lebih tinggi.-SH/gatot irawan

Haiwan juga dibunuh..
Hanya kerana mahu mendapat sesuatu daripada ia??
Untuk apa??
untuk dijadikan arca?? replika???
untuk dijadikan hiasan-hiasan ditubuh manusia??













Kemusnahan hutan sama ada secara semula
jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi
antara punca utama kepupusan haiwan. -fokus sains
Ini semua dari Kekejaman dari sudut apa??

Kamu pasti akan berkata" ah! aku bukan sekejam itu"
kononnya kamu tidak melakukan semua itu..
Pasti kamu lakukan semua itu.
Kamu semua juga terlibat dalam semua itu.
penyeksaan, kekejaman, penindasan...
Jika kamu berkata "Tidak! aku tidak melakukan semua itu"
bagaimana pula hati manusia lain yang kamu seksa??
apa pula bentuk kekejaman ini??
penyeksaan hati, mental, jiwa??
Sanggup membunuh perasaan manusia yang kamu sayangi,
sanggup membiarkan kesakitan pada jiwa manusia lain.
tersenyum..
berdekah-dekah ketawa tanpa perasaan, dalam kepuasan yang terlalu kamu inginkan ,
setelah kamu memberi seksaan yang terlalu pedih yang terpaksa ditanggungi manusia yang kamu namakan dia insan tersayang.























Gambar Hiasan-Ladynoe
Apakah kasih sayang itu adalah satu kekejaman?
Kita banyak melihat penyeksaan itu hakikatnya, Bukan sahaja pada pasangan masing-masing, ibu bapa juga, saudara mara malah sekalian umat bersaudara.
Apakah itu yang menyebabkan dunia hari ini huru hara???
Apakah semua ini berpunca dari sesuatu yang kita sendiri tidak sedari??
Itu semua hanya kepentingan diri, kepentingan yang menjadikan kekejaman dan kezaliman dan sekaligus membentukkan satu penyeksaan yang amat dahsyat. Bukan diluar negara kita sahaja yang dapat dilihat bentuk kekejaman yang dinyatakan, malah dalam negara kita sendiri. Perebutan kuasa, ingin gagah dan mahu memiliki kesemuanya tanpa menghiraukan manusia lain, semua ini dari hati yang terlalu mementingkan diri sendiri. Merasakan diri mereka hebat. Manusia akan berlakon selagi mereka mampu, kononnya mereka punyai rasa belas.
Sudah!!
aku sendiri percaya aku juga ada melakukan kekejaman ini. Kamu juga begitu. Sibuk memberontak tentang kezaliman manusia lain. Sibuk menolak tentang semua kekejaman manusia lain. Lihat sahaja dalam diri kita ini. Lihat sendiri diri kita..
Penyeksaan, kezaliman, kekejaman dari sudut apa yang kita telah lakukan??
semua ini sangat meragukan..

Selasa, 18 Mac 2008

hanya coretan..

disini dari ruang monitor bercahaya, aku rasa kepala aku sakit. Cahaya yang buat mata aku jadi rabun. Blog yang aku layari mengasyikkan , sampai aku terlupa waktu dah hampir petang.
Guruh dah menjerit memaki hamun dengan sambaran petir berkilau. terkejut aku.. waaa sibuk la lan neh.. kacau aku tengah mengelamun. Dengan kerja hari ni yang tak da makna untuk aku perlu datang ke pejabat, buat aku bosan setiap kali duduk dikerusi biru yang menyakitkan pinggang aku. Lan suruh aku layari youtube incubus "Here in my room" gila lagu ni aku suka.. sentimental. kenapa aku sekarang ni asyik minat lagu yang " slow motion " dah tak de keje lain aku asyik nak layan perasaan saja. Haha .. hari ni aku rasa bebas. walau ada rasa sakit tapi aku ubati dengan menghisap kepulan asap dari pembakaran nikotin agar aku lega. Satu lagi buat perangai bunuh diri, gila la lely. Macam mana la muka kau nak cantik? bibir kau dah menjurus ke arah "ghotic" haha gila kan? patut la semua lari, kau memang tak reti jaga kecantikan.. dah jangan nak bercakap sorang-sorang. macam orang tak siuman..

bila aku dengar lagu Incubus tu mesti aku ingat lagu Radiohead "nice dream" memang hari-hari aku dengar kat blog angah. Aku tak dapat yang "original" daripada toya dia dah janji nak bagi aku, tapi sampai sekarang tak bagi. aku selalu masuk blog angah sebab aku nak tengok susuk tubuh yang kurus rambut ikal ala-ala laila's lounge comel( nak jugak hek hek). mata berkaca, memang citarasa aku , sambil mendengar lagu "nice dream" humm... aku rindukan susuk tubuh itu.. rasa ingin ku peluk.. jika bayang dapat aku rasa alangkah baik nye.. hak hak .. lawak hari ni lely gila...~

Isnin, 17 Mac 2008

Aku mahu..

Aku mahu menulis …
Aku mahu luah kan ..
Tapi rasa ini seakan tak sudi berkongsi dengan jemari
yang sedang menunggu tugasnya..
aku mahu menangis ..
aku mahu menjerit ..
aku mahu meraung sekuat hati aku..
berlari-lari dalam hujan ..
menggila seperti orang tak siuman..
tapi air mata ini seperti tak sudi untuk keluar..
hati seakan tak mengizinkan untuk lelehan itu mengalir..
aku rasa sakit..
pedih…
aku mahu keluarkan semua kesakitan ini…
mengapa aku perlu rasa ini..
aku tak perlu rasa ini…
Ya Allah bantula aku…
Jauhkan la aku dari rasa ini..
Aku mahu bebas..
Aku mahu rasa indah..
Aku tak perlu semua ini..
Aku tak perlu lagi semua ..
Aku mahu dirku Ya Allah..
Aku mahu diriku…

Terima kasih..

Seharusnya aku perlu tabah..
seharusnya aku perlu kuat dalam jalani kehidupan..
tempikmu..
senyum tawarmu..
rasamu yang tak pernah ada aku dalam kamu..
jeling malasmu..
membuatkan ku harus memahami situasi ini..
terima kasih kerana memberikan aku rasa hidup
yang tak pernah aku rasai selama ini..
terima kasih buatmu kerana kamu membantu jalan pemikiranku
sehingga aku temui apa yang aku miliki sepanjang hidup ini
aku hargainya..
kerana ini pengubah hidup aku dari sebelum ini..
terima kasih sayang..
jika bukan rasa ini yang kamu berikan..
aku seolah hidup didalam mimpi
yang hanya ada indah dalam penghidupan..

Jumaat, 7 Mac 2008

Media Hari Ini.

Aku sebenarnya tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Wdaktu ini aku rasakan damai sekali. Sambil mendengar lagu dari Eross & Okta soundtrack daripada film Gie.
Muzik yang aku dengar daripada soundtrack ini menyentuh hati aku. “Tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki malam, tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki keadilan. Akan aku telusuri jalan yang setapak ini, semoga ku temukan jawapan.” Aku rasakan pengisian dalam lagu ni sangat-sangat bermakna, tetapi itu pada aku la. Aku tak pasti pula kalau orang lain yang mendengarnya. Filem Gie juga membawa kepada perubahan dalam hidup aku sebenarnya. Aku tahu pasal filem ni pun daripada kawan yang aku anggap sebagai kakak ku juga, Fazleen yang aku biasa panggil dia angah. Bila dia cerita tentang filem ni aku tergerak nak tengok lagipun aku memang suka dengar lagu puisi cahaya bulan masih dalam soundtrack filem ini juga. Kadang-kadang aku terfikir kenapa Malaysia ni tak ramai yang punyai semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sesuatu. Dah menjadi rutin harian aku di pejabat untuk aku mencari sesuatu untuk dibaca.

Pagi ini aku terbaca satu blog kawan aku . dia cakap kumpulan dia dipanggil untuk di temuramah. Soalan yang sama ditanya tentang mengapa kumpulan yang agak terkenal dalam muzik bawah tanah “underground” tidak boleh dekat dengan media? Lebih kurang macam tu la soalan dia. Aku tak faham sangat tentang apa yang Media zaman ini cuba cari. Mereka semua ni hanya tahu nak buat “Gossip” je? Macam-macam aku baca dan tonton dari surat khabar sampai ke tv. Bosan aku dibuatnya. Aku sekarang pun dah tak ambil tahu sangat pasal apa rancangan dalam tv dan apa isu yang di paparkan di surat khabar. Bagi aku semua tu tak boleh pakai. Semua yang mereka cuba sampaikan itu aku rasakan tak ada bawa makna apa-apa pun, yang aku tahu mereka ni semua macam nak rosakkan pemikiran manusia zaman ini. Hek hek .. kalau ada orang yang terbaca apa yang aku tulis ni mungkin dia akan fikir kenapa baru sekarang aku nak tulis semua ni. Aku sebenarnya dah lama sangat tak tengok tv rasa menyampah bila aku tengok, aku sendiri selalu terfikir akan hal-hal macam ni .Aku masih mencari jawapan lagi sebenarnya, cuma buat masa ni yang mampu aku buat mendengar pendapat orang lain saja, tak tahu pula kenapa hari ni aku ada semangat untuk menulis tentang ini. Mungkin semalam timbul perbincangan hangat antara aku, Angah dan Hadi. Macam-macam yang kami kongsikan. Kalau aku amik tahu tentang cerita dalam tv atau surat khabar pun kebetulan je. Ye la rumah sewa aku mana ada tv , radio, komputer pun aku tak ada. Surat khabar? Aku tak pernah beli. kalau aku baca pun dekat dalam internet . itu pun kalau aku rajin . Kalau aku singgah rumah kawan-kawan aku tu ada jugak aku selak majalah ke surat khabar tapi bukannya aku baca sangat isi-isi yang ada dalam majalah atau surat khabar tu. Kalau baca tajuk tu pun dah buat aku tak suka, memang aku takkan baca Aku pelik kenapa media sekarang ni terlalu nak ambil tahu pasal peribadi seseorang artis ni. Aku tahu itu semua untuk mendapatkan keuntungan sebab masyarakat kita yang suka ambil tahu tentang orang lain ni terlalu tinggi keinginannya. Apa yang sebenarnya mereka ni semua cuba perjuangkan? Hek hek.. pinjam ayat angah sekejap . tak apakan angah?

Ada satu mesej aku terima dari seorang kawan aku di myspace. Dia cuba tanya aku kenapa satu kumpulan ni tak nak bekerjasama dengan media . mereka seolah-olah sombong untuk berkongsi dengan media tentang kumpulan mereka ni. Aku ni dah macam jadi kaunter pertanyaan la pula. Kebetulan aku membantu kumpulan-kumpulan “underground” tertentu menjual produk-produk mereka, ambil kesempatan la agaknya budak ni. Hek hek.. Dan aku pun menjawab, mereka ni semua bukannya sombong tapi mereka cuba pertahankan apa yang mereka dah lakukan sebelum ni. Lagipun mereka ni semua dah biasa dengan cara hidup golongan manusia yang meminati muzik “underground”. Bila dia dah masuk dalam dunia artis mereka rasa janggal mungkin tak biasa. Dan mereka tetap dengan pendirian mereka untuk teruskan hidup seperti yang mereka buat sebelum ni. Walaupun sebenarnya aku tak suka dengan kumpulan ini tapi aku hormat cara mereka untuk tidak terlibat dalam dunia yang boleh buat semua orang jadi gila. Nak dibezakan budak-budak yang minat muzik underground ni aku rasa lebih baik daripada peminat-peminat muzik “mainstream” yang lain macam Dafi hak hak.. sebab peminat muzik “ underground ni lebih mengambil tahu dan lebih menyukai muzik yang sesetengah kumpulan ni bawa dan bukannya semata-semata berdasarkan pada rupa. Kalau sesebuah kumpulan samada penyanyi atau pemain “instrument” tak ada rupa sekalipun jika muzik yang dibawakan tu boleh menyentuh hati mereka pasti mereka akan menyokong kumpulan tersebut. Bagi aku artis-artis macam mereka ni ada hak dengan kehidupan peribadi mereka. Media sepatutnya tak payah la campur tangan dengan kehidupan yang biasa mereka buat. Terlalu peribadi kalau nak diketengahkan pun. Kenapa media sekarang tak cuba mengkaji apa yang sebenarnya anak-anak muda sekarang cuba lakukan.

Mereka sebenarnya boleh mengambil tahu dan mengangkat muzik kita kesatu arah yang mampu dipandang tinggi. mungkin mereka ni semua reti amik tahu pasal peribadi artis je. Aku cukup menyampah dengan mereka ni. Kenapa mereka tak bertanya muzik apa yang mereka cuba bawa. Kenapa mereka tak cuba ketengahkan muzik-muzik macam ni dan selami apa yang cuba mereka berikan. Dalam keadaan hari ini media boleh saja mengeluarkan cerita tentang muzik dan lirik yang mereka cipta dimajalah atau surat khabar kita boleh jadikan itu satu perbincangan agar dapat diperkembangkan dengan lebih baik melalui idea-idea bernas pihak-pihak tertentu . Sekalipun perbincangan tersebut lebih kepada memberi pendapatan. Media juga boleh saja mengadakan perjumpaan dan membuat “brainstorming”diantara pemuzik. “brainstorming” ni kira lebih kepada memberi pendapat tentang sesuatu walaupun tak masuk akal, aku tahu ni pun semasa aku di kolej, termasuk dalam subjek yang aku pelajari. Manalah tahu kalau –kalau sesuatu yang tak masuk akal tu adalah aset yang mampu memberi perkembangan yang lebih baik. Mungkin daripada itu tak adalah pandangan-pandangan serong masyarakat terhadap kumpulan-kumpulan “underground ini lagi. mungkin la.. itu pendapat aku, kalau korang ada pandangan yang lebih baik pun korang boleh berdiskusi dengan aku .. hek hek aku suka dengan perkataan berdiskusi ni. Bukankah ini sesuatu yang baik untuk disampaikan kepada masyarakat hari ni? Kalau difikirkan pun mereka mendedahkan masalah-masalah peribadi dan kehidupan seseorang artis boleh menjadikan satu ikutan kepada masyarakat zaman sekarang walaupun mereka angggap itu adalah pengajaran yang tak patut diikuti, ada ke orang nak fikir ? sudah la remaja sekarang kuat terpengaruh, suka mencuba sesuatu tanpa fikirkan akibat, bukan kah itu lebih “negatif”?. Aku menulis hanya dari pendapat aku kalau yang lain ada pendapat yang lebih baik. Boleh la berkongsi dengan aku. Aku sangat suka sebenarnya membincangkan tajuk-tajuk macam ni. Kalau sesiapa yang terbaca blog aku ni aku alu-alukan sangat untuk berkongsi pandangan dan idea. Terima kasih sebab masuk blog ni =)

Isnin, 3 Mac 2008

Sahabat..

sahabat..
kadangku rasakan setiap langkah dalam hidup
kau penyelamat dalam semua bicara..
kadang kala kau juga memberi kesan
dalam setiap penilaian sesuatu dalam setiap titik hidupku..
dalam kegusaran dalam kedukaan
tangis senduku ketika ku rasakan celaru..
kau juga yang masih disisi
memberi setiap memori indah
yang tak pernah terfikir
kan menjadi sebuah kehidupan yang paling bahagia..

sahabat..
setiap pandangan yang pada satu-satu masa menyinggung benakku ..
adakalanya adalah sesuatu bibit kekuatan
yang aku sendiri tidak pasti waktu bila aku mahu menerimanya ..
cinta wujud dalam setiap ruang dalam hubungan kita..
kadang ku tak mampu menerima kesakitan
keperitan yang terlalu sukar untuk aku hadapi..
namun kau juga pelindung dalam keadaan cinta
yang aku sendiri merasakan itulah punca segala yang berlaku

sahabat..
waktu hibaku mula tiba..
tanpa aku duga kau juga yang sentiasa
melihat dan merasai segala yang aku rasai...
walau saat gembira aku melupakan kau ..
masih juga kau berada disetiap landasan
agar aku tidak terpesong dek kerana tergelincir dari jalannya..
walau seburuk mana kelakuan..
sejijik mana kau berikan..
walau sesukar mana pun kau beriku kelukaan..
aku sentiasa memaafkan kau..
kerana terlalu besar pengorbanan
yang kau korbankan
untuk memberikan ku sedetik kebahagiaan..
walaupun satu-satu masa kesakitan menyinggah
dalam hubungan antara aku dan kau..