Khamis, 27 Mac 2008

Tiada yang harus menyerah dalam perjuangan cinta..

Disepanjang perjalanan hidup kita. Kite pasti tidak akan tahu apa yang berlaku akan datang.
Dimana kita dan bagaimana kita lakukan untuk hidup kita akan datang. Kita hanya merancang
sesuatu yang terbaik untuk diri kita namun pastinya kita tidak akan tahu terbaikkah yang akan berlaku dengan apa yang kita rancangkan dan kita tidak akan tahu apa yang bakal terjadi dan apa yang kita miliki nanti.
Kerjaya, keselesaan dan cinta adalah 3 perkara yang berkait rapat dalam hidup kita. kita biasanya akan memperjuangkan 3 perkara ini untuk ianya menjadi nyata dalam kehidupan kita, tetapi sejauh manakah kita mampu menghadapinya? mampukah kita menerima apa yang bakal berlaku untuk 3 perkara yang kita usahakan ini? semuanya terletak pada diri kita.

Didalam 3 perkara itu kebanyakan manusia pada hari ini ingin memiliki cinta, cinta yang bahagia. pastinya.. untuk memilikinya, kekuatan, ketabahan dan juga pemikiran adalah satu aset yang mampu membantu kita mendapatkan cinta yang indah dan bahagia, benarkah?
benarkah semua itu mampu membantu kita melangkah kesatu arah yang lebih baik?
ada juga manusia hari ini mempertikaikan cintanya dalam kehidupan.

Dengan anugerah yang Allah kurniakan cinta itu pasti hadir dalam setiap kehidupan manusia didunia ini. Cinta mampu memberi kita pengalaman dan mengajar kita bagaimana untuk menjadi seseorang itu matang. Kita juga harus ingat cinta juga boleh merosakkan, dan cinta juga mampu membunuh perasaan manusia namun terpulang pada sesuatu individu itu untuk memberi persepsi dimana harus diletakkan cintanya dalam kehidupan.

Aku teringat kata-kata Angah "cinta itu mudah. kamu senang bersama. kamu boleh berbicara apa sahaja. kamu menerima seadanya..". Ya! memang benar cinta itu mudah. Aku bersetuju dengan pendapat itu. Manusia tak seharusnya memegang cinta dan menjadikan ia beban dan akhirnya manusia itu menyalahkan cinta itu juga akhirnya. Cinta itu tidak salah yang salah adalah kita. Kita seharusnya menguasai cinta bukan cinta menguasai diri kita.

kata Angah:"cinta sepatutnya bukan satu benda yg pressure, tekanan, dia sepatutnya indah, gembira,bebas.

Ya.. hakikatnya perasaan kita pada cinta seharusnya akan jadi seperti itu. Mengapa kita terlalu berat, sakit dengan rasa cinta?

Aku juga percaya "komunikasi adalah cara paling tepat untuk memahami seseorang. Komunikasi akan jadi lebih indah tanpa kata-kata kasar, perlu bijak tanpa berpura-pura, bebas tanpa berselindung, selalu ingin tahu dan belajar antara satu sama lain."Itu kata-kata Shakespeare.

Aku mengaku, aku masih tidak mampu meperolehi semua itu. Mungkin aku seharusnya melupakan cinta yang memberatkan dan aku percaya kekuatan dan ketabahan yang mampu membimbing kita ke arah yang lebih bermakna.

Kehidupan terlalu banyak asam garamnya. kehidupan kita terlalu banyak liku-liku hidup. Kekuatan kita yang mampu membantu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Kapal Kertas adalah satu filem pendek menggambarkan tentang kehidupan bagi aku. Bagaimana kita seharusnya sedar tentang ini.. tontonlah filem ini. Filem ini mampu memberi kita sesuatu yang bermakna kerana filem ini berkait rapat dalam kehidupan kita...





Tiada Yang Harus Menyerah Dalam..

Perjuangan Cinta..

Biarpun Yang Datang ...

Merakus Meratah..

Jiwaku dan Jiwamu...

by Hadi

3 ulasan:

fazleena berkata...

cool!! Moga cinta selalu beri damai dalam diri kita.. :)

p/s : kapal kertas adalah anologi terhadap kehidupan. Dewi + Ilham adalah idea terjadap realiti hidup. Kehidupan akan terus berevolusi, sedang nasib kita menuju ke satu tempat yang tidak pasti..

Pegang Cahaya berkata...

terima kasih angah.. tanpa dewi+ilham mungkin pengalaman ini hanya satu ilusi yang takkan hadir dalam kehidupan ini..
terima kasih kerana memberi aku satu makna yang seharusnya aku terfikir sebelum ini.. =)

suara berkata...

Cinta yang paling mendamaikan ialah cinta Allah. Cinta yang mampu membuatkan anda berani dan tenang mengharungi apa jua keadaan walaupun tanpa kepastian.

Setiap manusia pasti ada cinta dihatinya, dan setiap cinta tak akan lengkap tanpa dugaan. Masihkah akan ada dugaan dalam cinta kalau kita mempunyai prinsip menerima dia seadanya? Tentu. Kenapa? Jawapannya adalah kerana .... dan kerana Allah adalah sebaik-baik perancang, dan Dia lebih tahu mana yang baik untuk hambaNya.