Jumaat, 21 Mac 2008

Manusia yang mementingkan diri sendiri..

Disini aku tak nak bercakap tentang sesiapa. Aku cuma ingin tahu apakah setiap manusia sedar akan pelakuannya? apakah manusia sedar pelakuan itu menyakiti manusia lain? mungkin setiap manusia ada kesabarannya sendiri. sedangkan limit kesabaran terlalu terbatas bagi setiap manusia. Setiap manusia juga tahu tahap kesabarannya dimana.

Aku terima panggilan dari kawan aku . Dia meluahkan segala kemarahannya pada aku. Aku terima, kerana aku tahu dia bukan marah pada aku, cuma dia nak luahkan perasaan dia pada aku. Bukan dia tak mahu telefon manusia itu sendiri tetapi dia sudah tidak mampu untuk berkata apa lagi pada manusia ini, lebih mudah untuk dikatakan manusia ini tiada perasaan nak marah pada dia tak guna buat sakit hati saja , boleh jadi gila, kalau dia bercakap dan luahkan pada aku sekurang-kurangnya kemarahan dia boleh reda. Kadang-kadang aku terfikir kenapa seseorang manusia jenis ini tak pernah nak hargai perngorbanan yang bagi aku terlalu besar untuk manusia lain. Kenapa dia terlalu pentingkan diri sendiri?

Aku tahu setiap manusia ada bakat mereka sendiri. Apa sebenarnya yang manusia ini cari sehingga menyebabkan manusia yang lain terlalu marah dan sakit hati dengan manusia seperti ini. Manusia ini dikiranya terlalu berbakat, sekiranya sikap yang terlalu pentingkan diri ini terlalu sukar untuk dikikis apa yang boleh manusia ini perolehi dari perlakuan yang bagi sesetengah manusia lain memandang jijik dengan perkara yang dilakukan?
Aku pula yang menjadi geram dengan apa yang sedang dibicarakan.

Manusia seperti ini yang pasti, aku lihat dirinya terlalu ego, telalu mementingkan diri dengan harapan apa yang dicari akan dia temui. Tak pentingkah perasaan manusia lain dalam diri dia? membuat perasaan benci hadir dalam manusia lain dan apakah ini yang dia inginkan selama ini?
Apakah rasa tolenrasi dan belas kasihan pada manusia lain sudah tidak wujud dalam jiwa dan pemikiran manusia yang dibenci. Aku tak sangka masih ada lagi dalam hidup aku wujud manusia yang tak pernah rasa kasihan, manusia yang tak pernah menghargai pengorbanan manusia lain yang terlalu membuang masa mencipta sebuah realiti untuk hidup dia , dan masih ada juga manusia yang tak pernah ada sikit pun perasaan kasih atau sayang (bukanlah cinta macam sepasang kekasih) kepada sahabatnya sedangkan sahabatnya terlalu mahu dia maju dalam hidupnya..

Manusia seperti ini memang tiada rasa sayang dan hanya tahu hatinya, jiwanya, pemikirannya, jalannya sahaja tanpa mempedulikan manusia lain yang ada disekelilingnya.. Bukanlah aku bermaksud untuk menghina atau membenci manusia ini.. apakah ini tergolong dalam salah satu manusia tipikal yang selama ini aku dengar? Jika benar manusia ini tidak suka manusia lain hadir dan masuk campur dalam urusan hariannya, kenapa manusia yang aku fikirkan ini tidak pernah mengelak atau bercakap sesuatu agar orang lain tidak merasa sakit hati? terus-terang itu bukankah penting agar manusia lain tidak tersinggung dengan perlakuan yang ditunjukkan? Apakah sifat berdiam diri dan membiarkan sesuatu keadaan itu berlaku, baik atau buruk pun ia terjadi adalah satu sifat yang mulia?

Manusia ini seharusnya sedar jika itu prinsip hidup dia lebih baik dia hidup didalam hutan yang mana apa-apa keadaan sekalipun tak akan menganggu hidupnya dalam melakukan apa-apa. Tak perlulah menyusahkan orang lain dan beranggapan hanya dia seorang sahaja yang mempunyai hati jiwa dan pemikiran..

Sedarlah manusia ini, dalam kehidupan, kita memerlukan antara satu sama lain. Bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Entah berapa ramai yang telah terluka dek sifat manusia yang tak pernah memikirkan hati manusia lain.. Jika benar apa yang dirinya fikir itu hebat, apa yang difikirkan itu tak sama dengan pemikiran orang lain, mengapa manusia lain perlu menanggung satu tanggungjawab yang berat sedangkan perkara itu wujud dari diri dia sendiri? manusia yang memegang tanggungjawab itu adalah orang yang aku rasa sangat tolenransi .. Manusia ini aku fikirkan adalah manusia yang menganggap tanggungjawab yang dipikul seperti tanggungjawab dia sebab tangungjawab itu melibatkan manusia lain juga.

Mengapa manusia yang aku sangkakan sangat bijak,menganggap pemikiran manusia lain kolot, menganggap pemikiran manusia lain yang tipikal kononnya dan memikirkan pemikirannya saja yang benar, tidak mahu menanggung tanggungjawab? sedangkan dia yang mencipta keadaan dan sesuatu perkara itu sendiri..
fikirkanlah..
Jangan terlalu memikirkan diri sendiri sehingga manusia lain tidak pernah merasa senang dengan perlakuan yang kamu tunjukkan..
Dan Ingatlah dalam hidup ini bukan manusia saja yang tidak suka pada manusia yang mementingkan diri sendiri, Allah juga tidak menyukai dengan manusia yang bersifat seperti ini..
wallahualam

Tiada ulasan: