Jumaat, 7 Mac 2008

Media Hari Ini.

Aku sebenarnya tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Wdaktu ini aku rasakan damai sekali. Sambil mendengar lagu dari Eross & Okta soundtrack daripada film Gie.
Muzik yang aku dengar daripada soundtrack ini menyentuh hati aku. “Tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki malam, tak pernah berhenti berjuang, pecahkan teka-teki keadilan. Akan aku telusuri jalan yang setapak ini, semoga ku temukan jawapan.” Aku rasakan pengisian dalam lagu ni sangat-sangat bermakna, tetapi itu pada aku la. Aku tak pasti pula kalau orang lain yang mendengarnya. Filem Gie juga membawa kepada perubahan dalam hidup aku sebenarnya. Aku tahu pasal filem ni pun daripada kawan yang aku anggap sebagai kakak ku juga, Fazleen yang aku biasa panggil dia angah. Bila dia cerita tentang filem ni aku tergerak nak tengok lagipun aku memang suka dengar lagu puisi cahaya bulan masih dalam soundtrack filem ini juga. Kadang-kadang aku terfikir kenapa Malaysia ni tak ramai yang punyai semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sesuatu. Dah menjadi rutin harian aku di pejabat untuk aku mencari sesuatu untuk dibaca.

Pagi ini aku terbaca satu blog kawan aku . dia cakap kumpulan dia dipanggil untuk di temuramah. Soalan yang sama ditanya tentang mengapa kumpulan yang agak terkenal dalam muzik bawah tanah “underground” tidak boleh dekat dengan media? Lebih kurang macam tu la soalan dia. Aku tak faham sangat tentang apa yang Media zaman ini cuba cari. Mereka semua ni hanya tahu nak buat “Gossip” je? Macam-macam aku baca dan tonton dari surat khabar sampai ke tv. Bosan aku dibuatnya. Aku sekarang pun dah tak ambil tahu sangat pasal apa rancangan dalam tv dan apa isu yang di paparkan di surat khabar. Bagi aku semua tu tak boleh pakai. Semua yang mereka cuba sampaikan itu aku rasakan tak ada bawa makna apa-apa pun, yang aku tahu mereka ni semua macam nak rosakkan pemikiran manusia zaman ini. Hek hek .. kalau ada orang yang terbaca apa yang aku tulis ni mungkin dia akan fikir kenapa baru sekarang aku nak tulis semua ni. Aku sebenarnya dah lama sangat tak tengok tv rasa menyampah bila aku tengok, aku sendiri selalu terfikir akan hal-hal macam ni .Aku masih mencari jawapan lagi sebenarnya, cuma buat masa ni yang mampu aku buat mendengar pendapat orang lain saja, tak tahu pula kenapa hari ni aku ada semangat untuk menulis tentang ini. Mungkin semalam timbul perbincangan hangat antara aku, Angah dan Hadi. Macam-macam yang kami kongsikan. Kalau aku amik tahu tentang cerita dalam tv atau surat khabar pun kebetulan je. Ye la rumah sewa aku mana ada tv , radio, komputer pun aku tak ada. Surat khabar? Aku tak pernah beli. kalau aku baca pun dekat dalam internet . itu pun kalau aku rajin . Kalau aku singgah rumah kawan-kawan aku tu ada jugak aku selak majalah ke surat khabar tapi bukannya aku baca sangat isi-isi yang ada dalam majalah atau surat khabar tu. Kalau baca tajuk tu pun dah buat aku tak suka, memang aku takkan baca Aku pelik kenapa media sekarang ni terlalu nak ambil tahu pasal peribadi seseorang artis ni. Aku tahu itu semua untuk mendapatkan keuntungan sebab masyarakat kita yang suka ambil tahu tentang orang lain ni terlalu tinggi keinginannya. Apa yang sebenarnya mereka ni semua cuba perjuangkan? Hek hek.. pinjam ayat angah sekejap . tak apakan angah?

Ada satu mesej aku terima dari seorang kawan aku di myspace. Dia cuba tanya aku kenapa satu kumpulan ni tak nak bekerjasama dengan media . mereka seolah-olah sombong untuk berkongsi dengan media tentang kumpulan mereka ni. Aku ni dah macam jadi kaunter pertanyaan la pula. Kebetulan aku membantu kumpulan-kumpulan “underground” tertentu menjual produk-produk mereka, ambil kesempatan la agaknya budak ni. Hek hek.. Dan aku pun menjawab, mereka ni semua bukannya sombong tapi mereka cuba pertahankan apa yang mereka dah lakukan sebelum ni. Lagipun mereka ni semua dah biasa dengan cara hidup golongan manusia yang meminati muzik “underground”. Bila dia dah masuk dalam dunia artis mereka rasa janggal mungkin tak biasa. Dan mereka tetap dengan pendirian mereka untuk teruskan hidup seperti yang mereka buat sebelum ni. Walaupun sebenarnya aku tak suka dengan kumpulan ini tapi aku hormat cara mereka untuk tidak terlibat dalam dunia yang boleh buat semua orang jadi gila. Nak dibezakan budak-budak yang minat muzik underground ni aku rasa lebih baik daripada peminat-peminat muzik “mainstream” yang lain macam Dafi hak hak.. sebab peminat muzik “ underground ni lebih mengambil tahu dan lebih menyukai muzik yang sesetengah kumpulan ni bawa dan bukannya semata-semata berdasarkan pada rupa. Kalau sesebuah kumpulan samada penyanyi atau pemain “instrument” tak ada rupa sekalipun jika muzik yang dibawakan tu boleh menyentuh hati mereka pasti mereka akan menyokong kumpulan tersebut. Bagi aku artis-artis macam mereka ni ada hak dengan kehidupan peribadi mereka. Media sepatutnya tak payah la campur tangan dengan kehidupan yang biasa mereka buat. Terlalu peribadi kalau nak diketengahkan pun. Kenapa media sekarang tak cuba mengkaji apa yang sebenarnya anak-anak muda sekarang cuba lakukan.

Mereka sebenarnya boleh mengambil tahu dan mengangkat muzik kita kesatu arah yang mampu dipandang tinggi. mungkin mereka ni semua reti amik tahu pasal peribadi artis je. Aku cukup menyampah dengan mereka ni. Kenapa mereka tak bertanya muzik apa yang mereka cuba bawa. Kenapa mereka tak cuba ketengahkan muzik-muzik macam ni dan selami apa yang cuba mereka berikan. Dalam keadaan hari ini media boleh saja mengeluarkan cerita tentang muzik dan lirik yang mereka cipta dimajalah atau surat khabar kita boleh jadikan itu satu perbincangan agar dapat diperkembangkan dengan lebih baik melalui idea-idea bernas pihak-pihak tertentu . Sekalipun perbincangan tersebut lebih kepada memberi pendapatan. Media juga boleh saja mengadakan perjumpaan dan membuat “brainstorming”diantara pemuzik. “brainstorming” ni kira lebih kepada memberi pendapat tentang sesuatu walaupun tak masuk akal, aku tahu ni pun semasa aku di kolej, termasuk dalam subjek yang aku pelajari. Manalah tahu kalau –kalau sesuatu yang tak masuk akal tu adalah aset yang mampu memberi perkembangan yang lebih baik. Mungkin daripada itu tak adalah pandangan-pandangan serong masyarakat terhadap kumpulan-kumpulan “underground ini lagi. mungkin la.. itu pendapat aku, kalau korang ada pandangan yang lebih baik pun korang boleh berdiskusi dengan aku .. hek hek aku suka dengan perkataan berdiskusi ni. Bukankah ini sesuatu yang baik untuk disampaikan kepada masyarakat hari ni? Kalau difikirkan pun mereka mendedahkan masalah-masalah peribadi dan kehidupan seseorang artis boleh menjadikan satu ikutan kepada masyarakat zaman sekarang walaupun mereka angggap itu adalah pengajaran yang tak patut diikuti, ada ke orang nak fikir ? sudah la remaja sekarang kuat terpengaruh, suka mencuba sesuatu tanpa fikirkan akibat, bukan kah itu lebih “negatif”?. Aku menulis hanya dari pendapat aku kalau yang lain ada pendapat yang lebih baik. Boleh la berkongsi dengan aku. Aku sangat suka sebenarnya membincangkan tajuk-tajuk macam ni. Kalau sesiapa yang terbaca blog aku ni aku alu-alukan sangat untuk berkongsi pandangan dan idea. Terima kasih sebab masuk blog ni =)

Tiada ulasan: