Khamis, 27 September 2007

Menggores Senyuman Luka


Nun jauh aku mengabdikan cintanya..
Menggores senyuman luka
Walau terpaksa menahan peritnya
Aku tersasar jauh
Menyimpang jalan
Yang tak tahu benarkah laluannya
Takungan air..menitis membasahi
Gebu pipi nan indah
Kerana jiwa ini
Masih terperangkap
Lubuk hati disana..
Mampukah dia..
Membawa lari hati itu..
Dengan penuh bahagianya
Atau hanya mampu mencampakkan
Saja jiwa itu
Biar ditelan ulat
Yang menjamah sisa
Keperitan luka..
Namun kesabaran
Menanti jawapan masih lagi
Teguh didada ini
Semata-mata mencari kabahagiaan
Walaupun terpaksa menanti
Hingga jasad menjadi tanah…

Tiada ulasan: