Rabu, 30 Mei 2007

Adakah kamu seperti itu?


Angin adakalnya dingin
Adakalnya menyucuk hingga ke tulang hitam
Adakala angin itu membawa bahang
yang terasa panasnya kulit hingga membakar
Walau hakikatnya nyaman
Tapi adakala ianya tak menentu
Adakala angin tiada arah tuju
Setiap musim ianya akan berubah
Adakah kamu seperti itu?
Adakalanya baik adakalanya tidak pula
Seksanya penantian itu
Tetapi aku masih tabah
Kamu aku rindukan
Tanpa rasa bosan
Kerana aku tahu diriku
Aku berserah hanya padanya
Agar aku perolehi dirimu yang sentiasa menyayangi
Biar lama mana kunanti
Seksa atau derita ini kutelan
Walau ianya pahit..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

angin yang tenang ;) hikhihk