Selasa, 15 Januari 2008

Dengarkanlah..

Aku bukan harapkan apa2 darimu … aku mahu kau membelaiku.. aku mahu kau buat ku istimewa dalam hidupmu … aku mahu kau memahamiku .. melayan kerenah manjaku.. memujukku ketika airmataku berderai jatuh dari pipiku.. aku inginkan hangat pelukmu mendengar rintihanku.. aku mahu kau menjagaku ketika diriku tak daya lagi menjaga dirku sendiri.. bilakah akan aku rasai semua itu darimu … ini suara aku .. suara aku sebagai wanita yang penuh dengan kelembutan… inginku dengar bisik suara mu .. kelembutan suara yang memecah gegendang telingaku.. bilakah kalanya dirimu akan bergurau mesra.. memegang erat tanganku dengan perasaan yang sangat rindu.. aku kepingin merasakan semua itu…lelehan air mataku hanya mengimpikan satu nikmat jiwa yang bahagia ..inginku rasakan nyaman dan segar seakan waktu pagi di sebuah hutan yang sangat indah.. masih ku menanti semua itu darimu.. yang hanya aku rasai .. Saat air mataku mulai jatuh kepipi .. hanya terdengar tempikmu agar aku berhenti menangis… luahan hatiku tiada kau dengari dengan penuh perhatian… tiada belai darimu ketika kerenah manjaku mulai mendatang.. tiada terbit rasa sayu apabila rayuanku menyusun ditelingamu.. tanganku hanya memegang serasanya seperti kayu.. hanya kedengaran suara halus ini merayu-rayu meminta padamu .. seakan aku kelaparan hanya ingin meminta sesuap nasi tetapi tidak diberikan.. apabila aku menjerit marah.. cemburu dengan apa yang kau buat terhadap sesorang tapi aku tidak pernah rasa seistimewa itu… kau hanya berkata aku hanya pentingkan diri.. betapa dahaganya aku saat ini… mungkin ini takdir diri..namun aku bersyukur serasakan sangat bahagia walaupun sedikit kau ucapkan maaf pada diriku .. selagi aku mampu menanti semua itu akan aku nantikan walaupun hingga ketitik akhir hidupku aku masih mengimpikannya.. tetapi dengarkan lah .. dengarkanlah aku … .




kau tahu betapa peritnya aku ..
kau tahu betapa sukarnya aku..
melontar rasa amarah didalam diri ..
kau dengar la rintihan aku ..
kau dengarkanla keluh kesahku..
aku mahu kau fahami apa yang tersirat didalam diri..
tak tercapai tanganku ..
terlalu jauh sambutmu..
apakah aku yang cuba pergi ..
kakiku masih terikat disini..
dengarkanlah pasir yang berbisik..
dengarkanlah hurungan lalat dibangkai itu..
dengarkanlah desiran ombak yang membantai pantai..
kau dengarkanlah kicauan burung dilangit biru..
semua mahu berkata2 padamu..
namun kau masih tidak mempedulikan mereka..
dengarkanlah ..
dengarkanlah rayuan ini..
seperti sayup jauh untuk berbunyi..

Tiada ulasan: