Jumaat, 11 Januari 2008

Wahai Hamba~

keegoan yang mengeruhkan keadaan..
tiada yang dapat disangkal lagi ..
tidak mampu ciptakan sesuatu yang gembira?bahagia?
walaupun kau sendiri tahu keinginan yang terlalu besar terhadapnya..
harapan yang ingin kau puja..
mencari erti kehidupan yang berbeza..
kau masih tidak jumpa hujungnya?
mungkin jua kau tak sedar ..
mungkin kau yang lupa kepadaNya..
derita ini kau jua yang menanggungnya..
sedarlah wahai hamba..
kau hanya hamba dibumi untuk yang diatas sana!!~
mengapa kau masih buta tidak nampak jalannya??
sedangkan kau mampu melakukannya..
bangunlah wahai hamba..
kenapa kau masih tidak mengerti akan semua yang tiba?
masihkah kau mahu menerima semua yang jijik??
sedangkan bahagia dan gembira dariNya mampu kau perolehi..
namun mengapa kau masih tidak mengerti??
lekaslah wahai hamba..
jangan sampai ianya tertutup buatmu..
kerana dunia yang dipijak ini hanya sementara..
mahukah kau menjadi hamba yang lewat??
kerana lewat tiada gunanya..
ingatkanlah dirimu wahai hamba..
pastikan ianya kau lakukan dengan rela..
walau sepedih mana pun harus kau tanggungi..
kau harus tahu..
Dia Maha pengasih lagi maha menyayangi..
Dia mahu kau sedar..
Dia mahu kau mengerti..
jangan kau sombong dan ego..
kerana semua itu bukan susur jalannya..
kerana itu bukan destinasinya..
dunia ini akan sampai waktunya nanti ..
tempat diatas adalah yang kekal abadi..

Tiada ulasan: