Jumaat, 11 April 2008

kuasai cinta?

"Jangan membenarkan cinta kuasai diri kita, seharusnya kita menguasai cinta"

kata-kata itu hanya kiasan. Saya bukan bermaksud untuk mengatakan yang kita harus kuasai cinta, mengejar cinta dan memiliki cinta sehingga kita memperolehinya. Saya hanya mengajak manusia lain berfikir tentangnya. Bukanlah bermaksud untuk saya mengalakan ianya terjadi seperti itu. Jika kita punyai cinta kita tidak harus menghambakan diri kita kepada cinta. Sedangkan kita tahu cinta yang kita miliki jika terlalu taksub akan memakan diri kita sendiri. itulah maksud bagi" jangan membenarkan cinta kuasai diri kita". Dan setelah kita perolehi cinta yang pada hakikatnya setiap manusia memperolehi anugerah cinta dari yang Esa. Kita perlu berfikir bagaimana seharusnya kita melihat cinta itu dengan pandangan-pandangan positif, membawa cinta yang sudah berada dalam diri kita membentuk cinta itu dengan rasa bahagia, indah, mudah dan bebas. Mengambil cinta yang kita perolehi dan membentuknya untuk membawa diri kita melangkah kesatu arah yang lebih baik. Itu yang saya maksudkan tentang "seharusnya kita menguasai cinta" saya bukan mengistilah cinta itu harus dikejar dan mendapatkan cinta itu sehingga kita perolehinya dan mengambil cinta itu untuk membuat sesuka hati kita, dan memang benar jika kita mengejarnya kita akan lebih menderita dan tidaklah saya memaksudkan cinta yang ada pada kita perlu dipegang serta kita harus memastikan cinta yang kita pegang itu tidak terlepas dari diri kita. Cinta itu luas, cinta bukan sekadar manusia kepada manusia. Terpulang pada seseorang manusia bagaimana manusia itu meletakkan cintanya. Kebiasaannya manusia bila berhadapan dengan cinta akan membiarkan cinta yang membawa arah terhadap langkah mereka seterusnya dan bukanlah pula mereka yang membawa cinta itu kemana yang harus cinta itu perlu berada. Saya masih hamba Allah yang punyai banyak kesilapan mungkin pandangan atau pendapat yang saya utarakan ini bagi kamu yang membaca ada silapnya dimana-mana. Jika ianya punyai kesilapan perbetulkanlah agar saya dapat memperbaikinya..

5 ulasan:

fazleena berkata...

Love does not claim possession, but gives freedom - the only one Rabindranath Tagore

p/s : semua orang ada jawapan atas apa yg dia cari..setiap org ada objektif dalam pencarian cinta..moga kita bertemu apa kita cari..take care sis!

Pegang Cahaya berkata...

Dalam jiwa itu terdapat suatu ruang tempat berkumpul, Barangsiapa yang cinta mencintai satu sama lain, maka berkumpullah disitu barangsiapa tidak, maka mereka pun tidak turut serta di dalamnya. (Bukhari dan Muslim)

Aku berkata...

jiwa juga terkadang tenat syg untuk menampung setiap isi ruang itu..

suara berkata...

Salam kenal...
Topik ttg cinta ya...? Memang ini satu topik yg sering diperkatakan. Setiap org punya falsafah cinta yg berbeza, bergantung kepada keinginan dan keperluan individu.

Cinta mampu memberi kekuatan, cinta juga mampu melemahkan. Cinta mampu menghidupkan hati yg gersang, malah mampu jugak mematikan hati yg subur dgn kasih sayang. Cinta mampu membetulkan perjalanan, tapi ia juga boleh memesongkan haluan.

Kita merancang dan memilih, tapi kita harus ingat bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana. Cinta bukan dalam kuasa kita, lalu kembalikanlah kuasa cinta itu padaNya, insyaAllah, Dia akan memandu kita menuju cahaya. Cahaya yang mungkin tidak dicipta untuk dipegang, tapi untuk menyuluh jalan mencari laluan yang diredhai Tuhan. Bukankah bahagia yang paling indah ialah kehidupan yg disertai ketenangan?

Pegang Cahaya berkata...

suara..
terima kasih suara..
benar setiap langkah perlu diatur..
cinta yang hak adalah kepadanya..
cahaya yang sinar akan menyinar kehidupan yang gelita..

terimakasih suara..
tanpa suara semangatku mungkin luluh walaupun sedikit..
akan ku cipta dan cuba untuk membina sesuatu yang lebih bermakna jika dizinkan darinya..


popnina,
terima kasih nina..
jiwa ini terkadang tenat..
benar katamu..
dengan sokongan dari sahabat yang berada disisi..
diriku makin kuat ..
diriku lapang melihat jalan yang luas dari sebelumnya dek kerana kaburan pasir..