Khamis, 10 Julai 2008

Kerana Kepinginan itu..

Aku sudah letih, menginginkan sesuatu dengan harapan akan terlihat oleh ku.
Kerana kepinginan itu aku sanggup korbankan jiwaku sendiri.
Namun keyakinan itu sudah luntur.
Meskipun kepinginan itu masih mahu diperlihatkan oleh ku.

Tak ada daya lagi aku mahu mengerahkan keringat, jiwa dan rasaku.
Aku terlalu lemah kerana apa yang diperlihatkan oleh ku masih sama
malah kurang dari yang ada.

Aku mengalah harapan tinggal angan-angan.
Tunggu sajalah keajaiban yang bakal berikan aku kecapan hari-hari yang paling indah..

1 ulasan:

suara berkata...

Salam dik lely...
jangan mudah berputus asa. Bukankah kita ada Yang Maha Berkuasa, lalu memintalah padaNya. Keajaiban itu akan terjadi hanya dengan izinNya. Jangan hanya menunggu, kerana masa terus berlalu. Lakukan sesuatu untuk dirimu, sesuatu untuk dunia dan akhiratmu....

Salam sayang... Kak Su