Selasa, 6 Mei 2008

Mak, Disepanjang hidup anakmu..

Mak, dalam sepanjang hidup anakmu..
kamu terlalu banyak korbankan segalanya untuk anakmu ini..
adakalanya anakmu ini terasa disisih, diabaikan dan terasa dipinggirkan,
mungkin kerana anakmu ini jauh beza usianya dari kakak
dan mungkin terlalu dekat jaraknya dengan adik
anakmu ini sedar kamu bukan mahu memilih kasih,
dan kamu mahu ianya terbaik untuk sesiapa jua baik kakak mahupun adik,

mak, dalam sepanjang hidup anakmu ini..
terlalu banyak anakmu ini menyinggung perasaanmu,
kadangkala suara ini terlalu tinggi hingga menggores rasa hatimu,
kadangkala anakmu ini tak peduli akan kesusahan yang kamu tanggungi selama ini,
kadangkala anakmu ini terlalu meminta hingga kamu tak mampu memberikannya,
namun kamu usahakan juga walau terpaksa mengikat perut
walau terpaksa mengerah keringat sehingga tak mampu menahan letih,
anakmu ini sedar keterlaluan akan semua itu sehingga sanggup anakmu mengabaikan semua terkadang itu.

mak, dalam sepanjang hidup anakmu ini..
percayalah anakmu ini bukan tidak pernah memikirkan pengorbananmu ini,
percayalah juga anakmu ini terlalu mahu untuk membalas jasamu yang tak terbalas besarnya bagi diri ini..
percayakan la anakmu ini kerana disepanjang kehidupan yang anakmu lalui,
anakmu ini terlalu menyayangi kamu..
anakmu ini terlalu memikirkan bagaimana jalan untuk diri ini terus membalas jasamu dan ingin kamu merasakan bahagianya bila keberadaan diri ini disisimu..

mak, disepanjang hidup anakmu ini,
anakmu ingin memohon ruang darimu,
maafkan segala salah silap diri ini,
anakmu memohon padamu jua agar dihalalkan makan minum dan semua yang telah anakmu pinjam darimu..
anakmu ini jua memohon padamu,
berilah peluang untuk anakmu ini mencari jalan seboleh daya untuk membalas jasamu..
jika diri ini masih melakukan kesilapan yang tak disengajakan atau satu waktu tidak perasan akan perbuatan itu,
anakmu memohon keampunan dari seluruh jiwa ini..
Selamat hari ibu mak,
anakmu ini terlalu menyayangi kamu sampai akhir hayat diri ini..

Tiada ulasan: