Rabu, 27 Februari 2008

bagaimana?

Berikan aku jawaban
bagaimana kiranya aku tahu
bagaimana kiranya aku memahami
bagaimana kiranya aku mahu selami
perjuanganmu, caramu , jalanmu, pemikiranmu..
sedangkan sahabat-sahabatku sendiri
tidak mempunyai semua itu..
bagaimana aku mahu mempelajarinya bersendirian
sedangkan aku dungu tentang itu..
aku hanya akan dikatakan hipokrit
jika apa yang aku ketahui tidak aku fahami
maksudnya, ertinya..
mengapa tidak kau saja membimbingku
membawa aku kepada perjuangamu
membawa aku kepada caramu
membawa aku kejalanmu
membawa aku kepada pemikiranmu..
sedangkan dari sudut hatiku
aku mahu ..
aku terlalu mahu kau membawaku kesitu
menyelami segala apa yang tidak aku mengerti sebelum ini..
tetapi kau hanya membiarkan aku
berteluku, merenung sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
berdiskusi tanpa aku disisi
hanya tempias halus suara yang sampai ketelingaku
tidakkah kau mahu mengajarku erti yang aku cuba fahami..
aku tidak mahu dilanda
keresahan, kekecewaan, kehilangan didalam perjuangan cinta..

Tiada ulasan: