Khamis, 21 Februari 2008

Angin menghembus dingin




aku menghembus nafas seperti biasa
menahan dan bertahan seperti hari-hari yang aku lalui ..
masih aku tertanya..
apakah kau masih seperti dahulu ..
bertutur lembut sambil mengukir senyuman yang paling indah..

angin pun mula menyapa kepipiku
mendinginkan serasanya panas tubuhku saat ini..
titik kemilau mula turun dari gerbang langit..
sama titik hangat dari pipiku mula mengalir..

apakah kau masih riang melihat wajah girangku..
ketikaku hiba kau makin dekat ..
mengesat pipi dengan tangan mu sendiri..
mengusap dan letak lembut jemarimu diumbun rambutku
kala awan mula berarak..
membawa hingar bingar ribut yang bercelaru..
aku hanya mahu cahaya langit membawa tenang..
tenang dengan kedinginan seperti berdirinya aku dihutan sepi..
namun masih tidak kutemui..

angin yang menghembus dingin membuat ku berteka-teki..
tiada jawaban yang pasti..
sampai waktunya untuk aku pergi..
agar aku dapat memadamkan kegelisahan ini..

Tiada ulasan: